Alam & Sains 25 Aug, 2023

Skim Perubatan Madani di 7 daerah baharu! Kini ada 21 daerah! Diperluas ke seluruh negara Sept 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dilancarkan pada 15hb Jun 2023, tawaran Skim Perubatan Madani telah dikembangkan di tujuh buah daerah baharu untuk menjadikan skim ini tersedia di 21 buah daerah, sebelum diperluas ke seluruh negara pada bulan September 2023. 

Daerah baharu berkenaan ialah Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan); Kuantan (Pahang); Melaka Tengah (Melaka); Seremban (Negeri Sembilan); Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang); dan Perlis. 

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di semua daerah ini boleh mula mendapatkan rawatan percuma seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta. 

Peruntukan bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang. 

Hanya dengan satu langkah mudah, penerima manfaat yang layak cuma perlu membawa kad pengenalan mereka ketika ingin mendapatkan rawatan tanpa prapendaftaran diperlukan. 

Penerima manfaat boleh mengenal pasti klinik terdekat dan semak kelayakan di laman sesawang 

www.protecthealth.com.my/skimperubatanMadani. Sebagai alternatif, penerima manfaat juga boleh menyemak kelayakan melalui aplikasi MySejahtera. 



Pendaftaran untuk menjadi panel klinik Skim Perubatan Madani masih dibuka dan kami menyasarkan jumlah klinik akan terus meningkat dari semasa ke semasa. 

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) telah menerima sebanyak 210 permohonan di mana sejumlah 25 klinik telah memulakan operasi di tujuh daerah ini dan bersedia untuk memberi rawatan di bawah Skim Perubatan Madani. 

Selaku pelaksana Skim Perubatan Madani, ProtectHealth akan terus komited dalam meningkatkan akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik swasta melalui Public-Private Partnership (PPP) sekali gus meringankan bebanan kewangan golongan tersebut menerusi skim ini. 

ProtectHealth juga optimis bahawa dengan penglibatan lebih banyak klinik perubatan swasta, kebajikan dan kesejahteraan kumpulan B40 dapat ditingkatkan. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
8
0
12
0
You will be interested