Alam & Sains 30 Jul, 2022

Terima kasih #DIY4Universiti! Teruskan kit ujian percuma! Didik para pelajar untuk kekal selamat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


MEMANDANGKAN terdapat pelbagai petunjuk yang menandakan perjuangan menentang COVID-19 masih belum berakhir, peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Mr DIY sekali lagi membantu para pelajar universiti melalui inisiatif #DIY4Universiti “Sentiasa Berwaspada, Tanggungjawab Bersama”.  

Peruncit dalam misi berterusan untuk mengedarkan 85,000 kit ujian percuma ke universiti tempatan di Semenanjung Malaysia, mendidik para pelajar tentang kesedaran mencegah COVID-19 bagi memastikan diri mereka dan komuniti universiti kekal selamat,.

Ketika ini, inisiatif terbabit telah dilaksanakan di enam buah universiti antaranya Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Sungai Long, Universiti Antarabangsa UNITAR Petaling Jaya, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan syarikat Mr DIY



Inisiatif #DIY4Universiti adalah salah satu daripada siri kerjasama Mr DIY dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang dilancarkan pada Oktober 2021 untuk membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus selepas melalui tempoh kawalan pergerakan yang berlanjutan akibat pandemik. 

Edisi-edisi terdahulu program ini melibatkan pengagihan pensanitasi tangan, pelitup muka dan bantuan lain kepada para pelajar Universiti Malaya dan Universiti Tuanku Abdul Rahman pada Oktober dan November 2021, serta pengagihan bantuan wang tunai kepada 12,000 pelajar Universiti Malaya pada November-Disember 2021.

Ketua Pemasaran Kumpulan Mr DIY, Alex Goh, berkata semasa mengumumkan pelancaran program tersebut, “#DIY4Universiti “Sentiasa Berwaspada, Tanggungjawab Bersama” bertujuan untuk mengingatkan para pelajar akan kepentingan melakukan ujian saringan dengan kerap bagi memastikan diri mereka dan komuniti universiti kekal selamat, dan mempunyai akses untuk melakukan ujian tersebut. 

"Dengan virus COVID-19 yang masih berleluasa, adalah penting untuk memastikan orang ramai terus berhati-hati dan tidak mengambil mudah tentang jangkitannya. 

Selain menyediakan kit ujian yang diperlukan oleh para pelajar, Mr DIY juga mendidik mereka dengan menunjukkan cara-cara menggunakan kit ujian dengan betul supaya para pelajar kekal selamat serta dapat meneruskan pembelajaran

"Ini adalah keutamaan mutlak untuk memastikan negara terus berada di landasan pemulihan dan juga merupakan sebahagian daripada usaha-usaha kami sejak dua tahun lalu demi memastikan rakyat Malaysia dilengkapi dengan peralatan perlindungan diri yang berpatutan dan mudah didapati,” tambah beliau.


Alex Goh


Goh berkata Mr DIY bersedia untuk mengedarkan lebih banyak kit ujian kepada empat lagi universiti tempatan lain di seluruh negara pada Oktober 2022, apabila pelajar kembali ke kampus

Universiti di bawah fasa program seterusnya termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Universiti Teknologi Malaysia (Kuala Lumpur dan Skudai, Johor), UTAR (Kampar, Perak), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Goh juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan pengurusan dari universiti-universiti yang terlibat kerana telah memastikan pengagihan kit ujian dapat dilaksanakan secara efektif.

Mr DIY mula menjual kit ujian pada Januari 2022 dan sejak itu telah menjadi sumber yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk mendapatkan kit ujian yang mampu milik. 

Peruncit tersebut kini menjual tiga kit ujian ‘Mix & Match’ yang terdiri daripada kit ujian calitan hidung dan air liur pada harga RM10 di cawangan-cawangan Mr DIY, Mr Toy, dan Mr Dollar di seluruh negara sehingga 31 Ogos 2022. 

#DIY4Universiti adalah sebahagian daripada siri inisiatif oleh Kumpulan Mr DIY untuk memastikan komuniti-komuniti yang memerlukan menerima bantuan dan sokongan yang diperlukan untuk menghadapi pandemik. 

Selain #DIY4Universiti, peruncit tersebut juga telah melancarkan inisiatif #DIY4Sungai, yang bertujuan membantu memulihkan dan mencantikkan semula kawasan-kawasan sungai sebagai persiapan untuk menerima semula kedatangan pengunjung, bagi memacu industri pelancongan negara. - KitaReporters/Kenyataan Media


6
8
0
6
0
You will be interested