Alam & Sains 28 Apr, 2025

Video| Cuci rambut guna AI? Mesin syampu AI kini jadi rebutan! Cuma 13 minit! Bakal kuasai dunia?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) semakin giat diguna dalam bidang teknologi. AI dikatakan mampu melakukan kerja sesempurna mungkin yang dilakukan oleh manusia.

Menurut Oddity Central, di China telah diperkenal mesin syampu berkuasa AI yang boleh mencuci dan membilas rambut pelanggan dalam masa 13 minit sahaja.

Beberapa saluran berita China melaporkan, peranti pencuci rambut berkuasa AI itu telah diguna di salun rambut di beberapa daerah di Wilayah Guangzhou.

Kerana popularitinya semakin menanjak ia dikenali sebagai kegilaan 'AI-shampooing’ (bersyampu guna AI).

Cara mesin syampu berkuasa AI bekerja. - Kredit foto: Oddity Central

Mesin inovatif ini bergantung pada sensor inframerah untuk mengesan kulit kepala pengguna dan kemudian memilih syampu dan kaedah syampu yang betul berdasarkan jenis rambut seseorang.

Menurut seorang pemilik salun rambut di Daerah Tianhe, mesin syampu AI ini menampilkan beberapa mod (kaedah) cucian  yang terbina dalaman.

Antaranya cucian laju, biasa, masa tambahan atau pancuran air, serta tiga urutan kulit kepala yang berbeza. Mesin juga mempunyai mod yang berbeza untuk pelanggan rambut panjang dan pendek.

Harga untuk sesi syampu guna AI  hampir dua kali ganda berbanding cucian biasa. Ia berharga 19 yuan (USD$2.60) kira-kira RM11.30 berbanding cucian biasa hanya 19 yuan (USD$1.35) kira-kira RM5.80. Dan cucian cuma mengambil masa 13 minit. 


Walaupun semakin popular di China, mesin syampu berkuasa AI mendapat komen negatif daripada sebahagian pengguna. 

Ada yang mengadu mesin syampu AI itu masih tidak melakukan kerja seperti pekerja salon biasa. Mereka mendakwa urutan kulit kepala menyakitkan. 

Terdapat juga yang mendakwa mesin syampu AI itu hanya menyembur buih dan bilas dengan air, tetapi  tidak boleh sampai ke belakang kepala. Untuk tujuan itu ia perlu dilaku secara manual.

Bagaimanapun masih ramai yang berminat untuk mencuba mesin syampu AI ini.

Tidak mustahil mesin syampu akan menjadi alternatif popular bukan sahaja di China malah di seluruh dunia dalam masa terdekat. - KitaReporters

14
10
0
11
0
You will be interested