Alam & Sains 18 Oct, 2021

Video| Hebatnya! Kereta paling mahal di dunia rupanya dipasang siap di Kepong! Korang tahu tak?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Kereta mewah Bufori dijual melebihi RM1.3 juta itu dan hanya mampu dimiliki golongan kayangan.


ADAKAH anda peminat kereta mewah ala-ala Rolls-Royce gitu? Tidak syak lagi bagi seorang jutawan memiliki kereta mewah yang diperbuat mengikut spesifikasi gaya tersendiri seperti jenama kereta yang terkenal dengan desain ‘heritage’, ‘Bufori'  tidak mustahil diperoleh.

‘Bufori’ satu nama yang mungkin jarang didengar berbanding jenama komersial yang berlambak di pasaran ketika ini. 

Mana tidaknya harga sebuah Bufori sahaja dijual melebihi RM1.3 juta, sudah pasti hanya mampu dimiliki golongan kayangan sahaja?

Setakat nak berangan boleh kan? Mana tahu angan-angan jadi realiti... Segalanya aturan Allah SWT jua...


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kereta mewah



Apa pun, jika kereta mewah Rollys Royce diperbuat di England, tapi tahu tak Bufori sebenarnya buatan tempatan, diperbuat dari sebuah kilang di kawasan di Kepong, terletak dalam wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

Hebatkan? selama ini ramai beranggapan Malaysia hanya mampu keluaran biasa-biasa Proton dan Perodua sahaja tapi kereta mewah pun kita mampu!


Kilang memasang kereta mewah yang terletak di Kepong dan dikendalikan oleh pekerja tempatan.


Ya, anda tidak silap dengar atau baca. Kereta Bufori dipasang di Kepong, Kuala Lumpur bukan Bukit Kepong, Johor ya….  Siapa sangka, bandar kecil itu memiliki sebuah kilang yang memasang kereta mewah dunia.

Terdahulu, syarikat kenderaan premium itu sebenarnya berasal dari Sydney, Australia pada tahun 1987 tetapi berpindah ke Malaysia 10 tahun kemudian kira-kira tahun 1998 di bawah syarikat Bufori Motor Car Company (M) Sdn Bhd.


Kilang 'House of Bufori' ini terletak di Kepong, Kuala Lumpur. - Kredit foto: Bufori.com.


Kilang pemasangan 'House of Bufori' yang dibina di Kepong mempunyai pejabat, pusat penyelidikan dan pembangunan serta tenaga mahir tempatan yang mendapat latihan beberapa bulan di Australia.

Malah, kilang premium itu dikatakan mampu memasang kira-kira 300 kenderaan setiap tahun. Terkejut tak? Hebatnya Malaysia! siapa kata anak Malaysia tak pandai?


Syarikat kenderaan premium itu berasal dari Australia sekitar  tahun 1987 sebelum berpindah ke Malaysia pada 1998 di bawah syarikat Bufori Motor Car Company (M) Sdn Bhd. 


Malaysia boleh mampu membuat kereta mewah bahkan hanya melalui produksi 25 langkah buatan tangan tetapi mampu menghasilkan model-model prototaip dan konsep untuk peminat-peminat kenderaan klasik di rantau ASEAN ini.

Menggunakan reka bentuk kenderaan klasik sambil menggabungkannya dengan kejuruteraan moden, Bufori jauh lebih selamat daripada kenderaan klasik lain memandangkan kerangkanya tegap dan mempunyai ciri-ciri keselamatan moden seperti ABS, ‘traction control’ dan sebagainya.


Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu menjadi Perdana Menteri melancarkan kereta mewah Bufori di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 1991.


Untuk rekod, kereta Bufori buat pertama kalinya diekspot ke rantau ASEAN pada tahun 1991 malah diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada tahun 1991oleh bekas Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sejak itu, Bufori berjaya menambat hati beberapa individu di Malaysia di mana antaranya model terbaharu Bufori Geneva yang dilancarkan pada 2010 di Pameran Motor Geneva dilaporkan menjadi miliki Tun Dr. Mahathir dengan plat kereta bertulis ‘Patriot 2020’ bernilai RM1.5 juta.


Bufori Geneva yang dilancarkan pada 2010 di Pameran Motor Geneva miliki Tun Dr. Mahathir dengan plat kereta bertulis ‘Patriot 2020’. - Kredit foto: Freemalaysiatoday.com


Harganya yang mencecah nilai jutaan ringgit menjadikan kereta Bufori kereta tempatan paling mahal di dalam negara apatah lagi ia satu-satunya jenis kereta yang tempahannya boleh direka mengikut citarasa sendiri.

Contohnya, antara unit pertama Bufori Geneva yang ditempah mempunyai keistimewaan tersendiri.


UNIT pertama yang ditempah mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu mempunyai tempat untuk membuat air teh  pada ruang VIP di belakang, selain mempunyai cerek pemanas air dan tempat meletakkan air. 


Sementara itu, menurut laporan dari laman careta.my, terdapat lebih daripada 21 fakta atau ciri istimewa dimiliki Bufori sehingga menjadikan ia sebuah kenderaan yang menambat hati peminat dunia automatif global.

Antaranya, kereta yang diperbuat daripada kerangka serat karbon dan bahan komposit kevlar yang ringan tetapi sangat kuat, setaraf dengan yang digunakan oleh jenama-jenama supercar dunia, selain mempunyai tujuh beg udara dan ‘head rest’ jenis reaktif. Patutlah mahal kan?


Bahagian dalam kenderaan yang boleh diubah suai  mengikut citarasa dan kesuaian tempat.


Selain dilengkapi transmisi 8 kelajuan automatik, Bufori Geneva memperkenalkan sistem brek canggih dan mampu melakukan pecutan dari 0 ke 100 kmsj dalam hanya 5.4 saat! Wow! Hebat ke tidak? 


Beberapa lagi ciri istimewa keselamatan yang terdapat pada kereta Bufori.


Siapa sangka Kepong sebenarnya adalah pusat membuat kereta buatan tempatan paling mahal di dalam negara malah diiktiraf oleh negara-negara maju serta pengkritik-pengkritik automatif.

Lebih menariknya, ia dibina di kilang tempatan, pemiliknya bukan sahaja mendapat insentif cukai yang banyak tetapi boleh melawat ke kilang untuk melihat pembuatan Geneva atau model-model baharu idaman mereka yang sedang dibina.


Bufori model coupe La Joya dijadikan kenderaan rasmi membawa bintang-bintang ternama tanah air seperti Dato Sheila Majid, Joe Flizzow serta ramai lagi ke majlis malam Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-16  pada tahun 2009. 


Menerusi sejarah pembinaan kereta termahal dunia ini, jenama Bufori diperoleh selepas pengasasnya, tiga beradik dari Australia iaitu Anthony, Gerry dan Gerry Khouri bertanyakan pendapat orang ramai mengenai pandangan mereka ketika melihat kereta pertama Bufori.


Pengasas Bufori iaitu Anthony, Gerry dan Gerry Khouri yang berasal Australia.


Daripada maklum balas yang diperolehi, mereka menjadikan abjad pertama daripada 6 perkataan yang terbaik diperoleh kepada akronim  BUFORI iaitu ‘Beautifu’ (Cantik), Unique (Unik),  Fantastic (Hebat); Original (Asli); Romantic (romantis) dan Irrestible (Sangat Menarik).

Gah lambang Bufori yang melambang kemewahan yang tersendiri

Bagaimana? Minat tak? Kalau berduit apa salahnya? 

Cuma beringat dahulu dan ukur baju di badan sendiri agar jangan terperangkap dengan peribahasa, ‘biar papa asalkan bergaya’. 

Nak dapatkan maklumat lanjut model apa yang terbaharu dari Bufori,  boleh layari bufori.com. - KitaReporters


Model Geneva dibina pada tahun 2010 menampilkan ciri klasik tapi dalam masa sama mengekalkan kemewahan.

11
15
0
13
0
You will be interested