Alam & Sains 30 Jun, 2020

Syabas APR Electronics! Bantu cari penawar wabak COVID-19!

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this

APR Electronic Services Sdn. Bhd. (APR) sebuah kilang komputer terpakai dibaik pulih dan diperbaharui semula (refurbished) yang berusia 20 tahun di Malaysia, mengetuai inisiatif di seluruh negara untuk program "Folding@Home", sebuah projek global yang memanfaatkan kuasa pengkomputeran tambahan bagi mempercepatkan penyelidikan perubatan COVID-19 dalam menghadapi pandemik. : KitaReporters


“Folding@Home” adalah projek pengkomputeran oleh penyelidik di Universiti Stanford, Amerika Syarikat yang menghubungkan kekuatan pemprosesan komputer riba, komputer desktop dan konsol permainan yang tidak digunakan di seluruh dunia

Ini bagi mewujudkan komputer super maya yang membina simulasi kompleks struktur protein COVID-19, maklumat penting yang diperlukan dalam pengembangan vaksin dan ubat untuk wabak ini.

Tangkapan skrin untuk Struktur Protein COVID-19 di “Folding@Home” . - Kredit foto: APR Electronic Services


Danny Ng Theng Wei, Pengarah di APR percaya bahawa kemenangan dalam menghadapi wabak COVID-19 bukan hanya terletak pada tangan pakar perubatan dan pembuat dasar, tetapi keputusan yang dibuat oleh organisasi, syarikat dan individu sukarelawan turut mempunyai kekuatan dalam menentukan hasil yang baik dari dunia pasca-COVID-19.

“Saya amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk memulakan program “Folding@Home” di Malaysia. 

"COVID-19 telah menjejaskan semua peringkaty masyarakat di negara kita yang tercinta dan saya berasa ia bukan sekadar menekankan betapa pentingnya peranan kita dalam perlumbaan menentang masa untuk membendung dan membasmi virus ini semata-mata. 

"Tetapi dengan menyumbang komputer yang tidak digunakan bagi program ini juga akan turut memberi impak dan perbezaan kepada kita, meskipun sumbangan ini kecil tetapi penuh bermakna. 

"Daripada ia tidak digunakan dan terus disimpan di bilik stor anda adalah lebih berguna untuk menyumbangkan kapasiti ini bagi tujuan yang baik," kata Danny.


Komputer riba dan computer desktop yang ditaja oleh APR untuk projek  “Folding@Home” - - Kredit foto: APR Electronic Services


Di atas rasa kesungguhan untuk berusaha bersama-sama di seluruh dunia di bawah program Folding@Home ini,  beliau telah memulakan projek perintis dengan 40 komputer riba dan 10 komputer desktop yang berfungsi serentak tanpa henti di Ibu Pejabat APR yang berlokasi di Taman Teknologi Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bagi syarikat atau individu yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program ini, anda dipersilakan untuk menyumbang komputer riba dan komputer desktop yang tidak digunakan untuk projek perintis "Folding@Home" tanpa sebarang kos. 

APR akan mengendalikan ke semua kos membaik pulih dan memperbaharui semula komputer. 

Kesemua komputer yang diperbaharui ini kemudiannya akan berfungsi di dalam projek “Folding@Home” untuk jangka masa tertentu.

APR Electronic Services Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dengan kelayakan mesra alam yang secara aktif menggalakkan Matlamat Bangsa-bangsa Bersatu Sustainable Development (SDG) melalui penggunaan semula dan kitar semula peranti elektronik di pelbagai universiti dan institusi pembelajaran.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program perintis “Foldings@Home” di Malaysia, sila hubungi Danny Ng melalui talian 603 7885 0805, alamat e-mel di enquiry@apr-es.com atau lawati laman media sosial mereka www.facebook.com/6natureparts. - KitaReporters


3
2
0
0
0
You will be interested