Alam & Sains 04 Dec, 2021

Video| Beruang peliharaannya patahkan pintu Lamborghini! Pak Arab ini hanya ketawa! Kaya betul!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


HUMAID Abdulla Albuqaish adalah salah seorang individu terkaya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Bukan sahaja terkenal dengan kekayaan hartanya tetapi juga dikenai sebagai ‘raja rimba’ kerana memiliki banyak haiwan peliharaan yang buas.

Selain itu, dia juga seorang pengumpul kereta-kereta mewah pelbagai jenama

Sebut sahaja apa jua jenis kereta mewah, semuanya ada. Begitu juga dengan haiwan buas seperti harimau, beruang dan singa putih, semua ditakluknya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan binatang buas


Humaid membawa harimaunya bersiar-siar di halaman rumah.


Menariknya, haiwan-haiwan buas tersebut dilayan mesra seperti keluarga sendiri. 

Malah Humaid sering membawa masuk haiwan-haiwan buas itu ke dalam kamar tidur dan dibawa berjalan-jalan menaiki kenderaan mewahnya.


Dilayan seperti keluarga, singa dibawa menaiki kenderaan mewah miliknya.


Namun siapa sangka, berlaku kejadian tidak diingini terhadap kereta mewah yang berpunca daripada haiwan kesayangannya itu, tetapi tidak menjadi masalah kepadanya.

Menerusi satu video dalam Instagramnya, Humaid yang berada  di dalam sebuah kereta Lamborghini berwarna oren miliknya didatangi seekor beruang muda mendekatinya. 

Beruang tersebut merupakan salah satu dari haiwan peliharaannya yang kelihatan cuba memasuki ke dalam keretanya untuk mengambil buah epal yang sedang dipegang oleh Humaid.



Dek kerana saiz beruang besar dan pintu kereta tersebut kecil, beruang tersebut cuba menarik pintu dan akhir ia tercabut. 

Hal itu menyebabkan Humaid hanya ketawa melihat gelagat haiwan buas kesayangannya itu tanpa sedikitpun peduli walaupun pintu kereta mewahnya yang rosak.

Bagi masyarakat biasa, pasti akan meraung kerana bukan calang-calang harga kereta tersebut. Kerja seumur hidup belum tentu dapat membelinya! 

Namun tidak buat Hamaid kerana reaksinya ketika melihat pintu kereta mewah itu tercabut mengundang rasa kagum netizen.


Beberapa orang netizen kagum dengan reaksi Humaid yang selamba dan tidak sedikit pun marah pada beruang tersebut.


Setakat pintu sahaja yang rosak, apa nak dihairankan. Malah dia boleh membeli beberapa biji lagi yang lain.

Lebih melucukan, Humaid sempat bertanya kepada beruangnya apa yang terjadi sambil memberi sebiji epal kepada haiwan tersebut.

Saat ini, video beruang yang merosakkan pintu Lamborghini milik Humaid tersebut sudah mendapat ratusan ribu tanda suka dan dikomen sebanyak ribuan kali. - KitaReporters


11
10
0
14
0
You will be interested