TAHU, tidak tahu terdapat berjuta-juta perkara yang melalaikan dan menyesatkan manusia dalam dunia. Tidak kiralah kelalaian atau keseronokan itu berunsurkan sosial seperti pergaulan, nikmati permainan video maya serta elektronik atau sebagainya. Ketahuilah kelekaan kecil sebeginilah kadangkala membuatkan kita terus hanyut daripada tanggungjawab seorang mukmin kepada pemberi hidup yang berdiri sendiri. : KitaReporters
Posting dalam FB Dr Zakif Naik yang dimuat naiknya
Kita mungkin mudah sahaja untuk menunding jari kepada orang lain tetapi, tidakkah kita menyedari Tuhan menghidangkan kita dengan pilihan??
Ambil atau menjauhkan diri dari sesuatu perkara itu?? Simple!
Terbaru dalam ruangan FB rasmi Pendakwah Bebas terkenal, Dr Zakir Naik telah berkongsi dan memuat naik satu posting berkaitan permainan maya PUBG yang menjadi sohor kini (trending) dan kegilaan pelbagai peringkat golongan umur dunia ketika ini.
Mungkin perkara ini dilihat remeh dan tidak diambil peduli sesetengah penggemarnya tapi percayalah jika kita alpa nasihat yang diberikan daripada golongan bijak pandai dan cakna kepada kita, siapa lagi yang sudi menegur keterlanjuran kita??
Pastinya akan selama dan berterusanlah kita 'lagha' lagi membutakan, tak gitu??
Menerusi postingnya, Dr Zakir Naik menyarankan agar kita menghentikan untuk terus bermain permainan PUBG yang membuatkan kita 'lagha dan' terdedah kepada kejahatan sisi seperti pemberontakan serta keganasan.
Terdapat bermacam-macam jenis permainan yang menghiburkan dan seronok tetapi tidak untuk pernainan maya PUBG.
"Sembilan bulan yg lepas saya ditanya berkaitan video permainan PUBG. Pada masa itu, saya mengeluarkan keputusan menyatakan ia haram dan membawa kepada banyak kejahatan..
"Sekarang, saya menemui kenyataan terkini yang mengandungi perbuatan memuliakan berhala (idols) dan sesiapa yang memperkuatkan lagi berhala itu akan mendapat senjata yg lebih hebat.
"Ini merupakan penindasan paling besar dan syirik yang paling hebat.
"Setiap Muslim mesti berhati-hati dgn permainan ini dan hentikan anak-anak mereka bermain game ini," jelasnya dalam posting berkenaan.
Penularan wabak COVID-19 telah memberikan peluang masa yang terluang untuk pengguna menggunakan gajet di rumah acap waktu dan tempat.
Penyelidik dunia menganggarkan 99.99 peratus kemungkinan pengguna akan bersama gajet kepunyaannya setiap masa dan waktu sekitar beberapa bulan yang mendatang ini.
Dr Zakir yang telah dilabelkan sebagai pengganas agama di India turut menasihatkan agar keseronokan pada permainan elektronik maya dapat diubah kepada membelikan buku-buku agama dan tauladan yang lebih interaktif dan berkesan.
Permainan maya penggembaraan Can You Save the World?
Terdahulu, seorang profesor di London telah mencipta sebuah permainan bersifat penggembaraan (adventure) mirip PUBG iaitu 'Can You Save the World?' dengan menerapkan penjagaan keselamatan serta kebersihan yang diabsahkan.
Permainan maya elektronik yang diilhamkan semasa penularan wabak COVID-19 ini, sekali gus tercatatkan sebagai permainan maya pertama dunia yang ada ciri-ciri kesedaran yang paling berharga.
Justeru marilah kita beralih dan katakan tidak lagi pada permainan maya PUBG.
Anda mampu mengubahnya kawan!! - KitaReporters