Alam & Sains 29 Nov, 2020

Jiran ternampak tedung selar! APM dipanggil ke rumah bilal!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

``NASIB baik ada seorang jiran ternampak ular tedung selar sepanjang 4.5 meter dengan beratnya 11 kilogram sedang menuju ke halaman rumah saya tadi. Entahlah apa yang nak jadi sekiranya tiada sesiapa yang nampak ular yang berbisa itu," kata Alias Shafii, 63, yang di tinggal Kampung Bukit Kecil, Setiu, Terengganu. : KitaReporters 


TUJUH anggota APM Setiu bersama ular tedung selar sepanjang 4.5 meter yang berjaya ditangkap di rumah bilai di Kampung Bukit Kecil, Chalok, Setiu pada 28 November 2020.  -  Kredit Foto : APM Setiu.


Lagi kisah-kisah berkaitan ular:

https://kitareporters.com/tag/ular%20tedung


"Kemungkinan ia akan berada bawah rumah saya dan apabila malam nanti ular itu merayap masuk ke rumah yang boleh mengacam keselamatan diri saya dan keluarga,’’ tambah Alias pada lewat petang Sabtu, 28 November 2020. 

Beliau, seorang bilal yang bertugas di Masjid Gong Terap, Chalok, Setiu berkata ketika kejadian itu beliau bersama anak-anaknya sedang berada di dalam rumahnya. 



ULAR tedung selar yang seberat 11 kilogram yang ditangkap rumah Alias Shafii pada petang 28 November 2020. - Kredit Foto : APM Setiu.


Alias berkata beliau menyedari kehadiran haiwan yang menakutkan itu kira-kira pukul 4 petang, melalui seorang jiran yang tinggal berdekatan dengan rumahnya yang ternampak kelibat ular berkenaan sedang merayap ke halamannya.

Sebaik sahaja beliau turun dari rumah mendapati haiwan itu cuba melarikan dirinya yang akhirnya ia berselindung di sebuah reban ayam di belakang rumah bilai itu. 


MOHD NIZU HUSIEN


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien ketika dihubungi berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang penduduk, Muhammad Hayyan Abdullah, 32, pada pukul 4.20 petang, 28 November 2020. 

Menurutnya, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari daerah Setiu tiba lokasi itu di rumah bilai berkenaan pada pukul 5.07 petang. 

``Anggota kami mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap ular tedung selar itu yang sedang bersembunyi di celah atap zing reban ayam.

ULAR tedung selar (bulatan merah) bersembunyi di celah atap zing reban ayam. - Kredit Foto : APM Setiu 


``Semasa anggota APM menangkap haiwan itu, ia tidak melawan seolah-olah berada dalam keletihan. Dipercayai ular itu sedang kelaparan memasuki ke kawasan penduduk kampung untuk mencari makanannya,’’ katanya pada hari ini, Ahad 29 November 2020. 

Mohd Nizu tidak menolak kemungkinan ular yang sering ditangkap dalam operasinya itu kelaparan kerana ketika ini musim hujan menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air sehingga menyukarkan haiwan itu mendapat makanan. - KitaReporters

4
3
1
1
1
You will be interested