Alam & Sains 28 May, 2021

Berita Terkini| Khutbah, solat Jumaat di Sabah diringkaskan! Maksimum 10 dan 7 minit - JHEAINS

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

SOLAT Jumaat ditunai dalam tempoh tujuh minit, imam membaca surah pendek dan doa Qunut Nazilah. - Kredit foto: kosmo


MASA khutbah dan solat Jumaat di Sabah dipendekkan masing-masing kepada maksimum 10 dan tujuh minit, bermula hari ini, Jumaat, 28 Mei 2021 bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Prosedur operasi standard (SOP) baharu itu diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) sebagai panduan pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri berkenaan.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, azan Jumaat akan dikumandangkan mengikut waktu zohor.

Selepas azan pertama dan solat sunat qobliah, azan kedua akan terus dilaungkan dengan tempoh lebih pendek berbanding yang pertama.

"Khatib akan memendekkan bacaan khutbah pertama dan kedua membabitkan maksimum 10 minit seperti yang disediakan JHEAINS. Hanya penggunaan teks khutbah JHEAINS atau yang mendapat pengiktirafan dibenarkan.

"Solat Jumaat pula ditunaikan dalam tempoh maksimum tujuh minit. Imam membaca surah atau ayat pendek dan doa Qunut Nazilah. Selepas imam memberi salam, hanya wirid dan doa ringkas," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat, 28 Mei 2021.

Masidi berkata, jumlah jemaah dibenarkan hadir di masjid atau surau pula dikekalkan mengikut kapasiti selepas mengambil kira penjarakan fizikal satu meter.

Bagaimanapun, kanak-kanak, golongan berisiko, bergejala dan masih dalam pemantauan atau siasatan Covid-19 adalah dilarang hadir.

Selain itu tegas beliau jemaah diwajibkan membawa sejadah sendiri, digalakkan berwuduk dari rumah serta perlu mematuhi semua SOP ditetapkan di masjid dan surau, termasuk merekodkan kehadiran serta memeriksa suhu badan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SOP baharu itu diputuskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) sebagai panduan pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) .

0
0
0
0
0
You will be interested