SEJAK dua menjak ini, jumlah kes Covid-19 semakin meningkat yang disebabkan varian Omicron. Rata-rata daripada kita yang risau, membuat ujian kendiri di rumah menggunakan kit RTK.
Ini kerana ramai risau dengan simptom yang tak bergejala. Disebabkan itu berulang kalilah melakukan ujian ini bagi memastikan diri sendiri positif atau negatif.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ujian kendiri
Tetapi seorang pegawai kesihatan memberi satu pendedahan yang ramai tak tahu.
Katanya, jika anda sudah disahkan positif dan kembali sembuh, jangan lagi lakukan ujian PCR selepas beberapa hari bebas daripada virus Covid-19.
Ini penjelasan pegawai kesihatan itu dalam video TikTok tersebut: “Jangan buat PCR dalam masa dua bulan. Kita buat PCR bukan untuk keluarkan seketul virus tu.”
Ujarnya lagi, ujian PCR yang sering dilakukan itu hanyalah untuk mengesan kehadiran ribonucleic acid (RNA) bagi virus yang terdapat dalam tubuh badan seseorang.
Menjadikan dirinya sebagai contoh untuk virus Covid-19, dia memaklumkan bahawa kehadiran virus dalam diri seseorang itu akan bertahan dalam dua minggu dan hilang dengan bantuan vaksin dan juga beberapa ubat yang diberikan.
“Lepas tu tewaslah dalam 2 minggu, dihalau pergi oleh pak guard (vaksin), tapi DNA, sel-sel rambut, sel-sel kulit (RNA virus) still ada kat kerusi semua (tubuh manusia)," jelasnya.
Pun begitu, walaupun telah hilang selepas dua minggu, dia mengatakan bahawa sel-sel dari virus masih lagi ada dan sekiranya ujian PCR dilakukan, seseorang itu akan disahkan positif Covid-19 sekali lagi namun tidak berbahaya seperti sebelumnya.
Jaga diri semua, dan jangan terlalu paranoid.
Sementara itu, disebabkan kes Covid-19 yang semakin meninggi, ramai antara kita pasti pernah membuat ujian PCR yang memerlukan doktor atau petugas perubatan untuk membuat calitan (swab) nasal (hidung).
Baru-baru ini tular dalam Tiktok video seorang pemuda yang dilayan secara kasar semasa membuat test Covid-19 yang telah mencuri tumpuan ramai.
Video ini terjadi di Thailand. Apa yang mengejutkan pemuda ini dilayan kasar apabila doktor mencucuk hidungnya dengan kasar dan sangat dalam membuatkannya rasa sangat tidak selesa.
Oleh sebab itu, video Tiktok ini telah tular di Malaysia juga sehingga mendapat perhatian ramai. Ini adalah perkongsian netizen yang sangat melucukan memberi pendapat masing-masing.
Kalau kita di situasi lelaki ini mesti juga bengang sebab doktor buat dengan sangat kasar. - KitaReporters