Alam & Sains 01 Nov, 2021

Skidoo pilihan baharu perkhidmatan penghantaran! Tawarkan harga kompetitif! Peluang pekerjaan!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this


SEDAR atau pun tidak, penggunaan perkhidmatan penghantaran dalam kalangan rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi terutamanya sewaktu musim pandemik Covid-19 melanda negara dan dunia. 

Walaupun wabak semakin berkurangan, namun kebergantungan ramai terhadap khidmat penghantaran tidak akan berhenti, seakan telah terbiasa dengan amalan menggunakan perkhidmatan berkenaan bagi jimatkan masa dan tenaga

Selagi ada wang untuk bayar upah, selagi itu pelanggan akan menggunakan khidmat tersebut pada masa ini mahu pun akan datang dan di Malaysia juga, pelbagai pilihan jenama yang ada.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantaran makanan


Fahmi Fadzil bersama Asokan Raveindaran (kanan). 


Skidoo adalah antara yang terbaru dengan menawarkan perkhidmatan meliputi kegiatan perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi dengan kelebihan harga berpatutan. 

Pelancaran Skidoo Malaysia disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pada 15 Oktober 2021 lalu. 

Menurutnya, negara sememangnya perlukan lebih ramai usahawan dan perniagaan tempatan untuk terus berkembang terutama sekali dengan peningkatan aktiviti membeli-belah secara dalam talian. 

“Kita sedang berusaha untuk kembali kepada keadaan normal seperti sediakala, namun satu perkara jelas dapat dilihat servis penghantaran akan terus menjadi perkhidmatan penting kepada rakyat Malaysia. 

"Saya gembira kerana dapat melihat perkhidmatan Skidoo dimulakan di kawasan ini. Kemudahan ini bukan sekadar memberi penyelesaian kepada keperluan pasaran hari ini tetapi turut sediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang ingin membina semula kehidupan mereka,” katanya.


Kewujudan Skidoo secara tidak langsung memberikan peluang pekerjaan kepada orang ramai.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skidoo Malaysia, Asokan Raveindaran berkata pihaknya memulakan syarikat perkhidmatan penghantaran itu setelah menyedari wujudnya jurang dalam perkhidmatan penghantaran yang baik untuk satu-satu tempat pada harga mampu milik.

"Kami beroperasi berpandukan kepada model perniagaan insan, di mana pelanggan mendapat yang terbaik dari segi harga, pengalaman serta perkhidmatan secara keseluruhan. 

"Buat masa kini, kami berpangkalan di Kuala Lumpur dan merancang luaskan perkhidmatan ke seluruh Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ketika ini juga, pelanggan boleh memilih kenderaan penghantaran meliputi motosikal, kereta, van, pacuan empat roda serta lori. 

"Peningkatan e-dagang di negara ini bermakna jumlah penghantaran akan menjadi lebih banyak. Sebilangan pelanggan sedia berkompromi dari segi harga, hanya untuk pastikan barang mereka dihantar dengan cara terbaik. 

"Syarikat juga menyedari permintaan untuk Bisnes-ke-Bisnes (B2B) dan Bisnes-ke-Pelanggan (B2C) semakin meningkat," ujarnya.



Katanya lagi, sempena pelancaran  Skidoo potongan 21 peratus caj penghantaran diberi kepada semua pelanggan terhad kepada 20 pengguna setiap hari dan ia berlangsung selama sebulan.

Ujar beliau, pelanggan boleh menebus dengan menggunakan kod promosi SKIDOO2021 mulai 16 Oktober hingga 15 November 2021 dan maklumat lanjut boleh kunjungi laman sesawang https://www.skidoo.com.my/.

Pelanggan hanya perlu menghantar pesanan melalui nombor WhatsApp atau terus hubungi Skidoo jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, dan pasukan itu akan memberi penyelesaian segera.

Bagi mereka yang inginkan pendapatan tambahan juga dialukan-alukan untuk mendaftar dengan Skidoo dan bakal diberikan pelbagai insentif seperti bulanan tambahan, gaji mingguan, serta pelbagai manfaat lain. - KitaReporters


17
8
0
14
0
You will be interested