Alam & Sains 07 Oct, 2020

Rihanna hina Nabi! Guna hadis semasa fesyen pakaian dalam!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Penyanyi antarabanga kelahiran Barbados, Rihanna, 23, telah menimbulkan kontroversi dan kemarahan para netizen dan umat Islam seluruh dunia dalam laman ‘Tweeter’ yang kini trending kerana menggunakan hadis junjungan Nabi Muhammad SAW  dalam sebuah lagu ‘tema’ yang digunakan semasa pertunjukan fesyen pakaian dalam” atau lingerie keluaran syarikatnya iaitu Savage X Fenty pada 2 Oktober 2020 lalu.  : KitaReporters

Pertunjukan fesyen “pakaian dalam”atau lingerie keluaran syarikat Rihanna iaitu Savage X Fenty . 


Pada majlis tersebut, lagu remix ciptaan DJ Coucou Chloe itu mengiringi kemunculan model-model seksi dan berani ketika memperagakan koleksi terbaharu Fenty.

Lagu bertajuk "Doom", yang menjadi lagu latar persembahan (background) dimainkan bersama sampel vokal ‘narator’ mengenai sebuah hadis Riwayat al-Bukhari, 1036  yang dibaca dalam bahasa Arab. 

Rihana dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dengan menggunakan sebuah hadis dalam persembahan lagu dalam pertunjukkan fesyen 'Pakaian Dalam' baru-baru ini.



Hadis tersebut dipetik daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya:  'Tidak akan berlakunya kiamat sehingga diangkatnya ilmu (ilmu semakin berkurang), banyaknya gempa bumi, masa pantas berlalu, terzahirnya fitnah-fitnah, banyaknya al-Harj iaitu pembunuhan dan banyak dalam kalangan kamu harta yang melimpah ruah.'" (Hadis  Riwayat al-Bukhari, 1036)

Ketika penulis ingin memuat turut video lagu tersebut didapati kebanyakan portal berita dan YouTube sudah pun mengeluarkannya daripada diakses oleh mana-mana pihak untuk melihat dan mendengarkanya. 

Terdapat juga klip video itu sudah dipangkas (crop) atau disunting (edit) semula bagi menggelakkan isu ini menjadi ‘panas’.



Susulan perkara itu, umat Islam dari seluruh dunia menuntut penyanyi kelahiran Barbados itu tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran kempen produknya yang dilihat menghina kesucian agama dan umat Islam.

Rihanna turut memberi reaksi dan komen segera kepada peminat-peminatnya bahawa kononnya dia langsung tidak mengetahui hal buruk akan berlaku tetapi hanya menurut sahaja perancangan pihak penganjur.

Malangnya, penyanyi itu turut dibidas oleh para pengkritik dan media kerana mengambil sikap sambal lewa dan lepas tangan dalam program tersebut.

Dia tidak sepatutnya menyentuh hal-hal atau sensitiviti keagamaan bangsa-bangsa lain terutamanya Islam.

Sebelum ini, beliau juga pernah mendapat kecaman hebat daripada umat Islam kerana menjatuhkan imej Islam di depan sebuah masjid di Abu Dhabi dengan tampil pakaian berhijab dalam satu program iklan jenamanya. - Kitareporters


Sumber: 

https://www.msn.com/en-my/entertainment/news/rihanna-is-being-accused-of-disrespecting-islam-during-savage-x-fenty-show/ar-BB19HWId?ocid=msedgntp

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3911-irsyad-al-hadith-siri-ke-445-maksud-masa-berlalu-dengan-begitu-pantas-di-akhir-zaman

https://www.kopiplanet.com/rihanna-dikecam-hina-islam-permainkan-hadis-di-pertunjukan-pakaian-dalam/

https://www.budiey.com/rihanna-dikecam-hina-islam-permainkan-hadis-di-pertunjukan-pakaian-dalam/ 

https://twitter.com/i/status/1313125189643894785

1
3
0
2
6
You will be interested