Alam & Sains 30 Sep, 2020

Penduduk risau! Kes COVID-19 naik! Jumlah pelancong banyak!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Penduduk Terengganu mula merasai tidak senang dengan adanya kes baharu penularan COVID-19 yang dilaporkan berlaku di negeri ini.  Mereka kini dalam keadaan gelisah dan berwaspada. Ini disebabkan status COVID-19 di Negeri Terengganu sehingga Jam 12.00 tengah hari pada hari ini, 30 September 2020 terdapat pertambahan tiga kes positif. : KitaReporters

 Grafik Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menunjukkan tiga kes baharu COVID-19 di Terengganu


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta orang ramai mematuhi nasihat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengelak berada di tempat sesak dan sempit, meningkatkan kebersihan diri dan pakai pelitup muka.  

“Saya pohon, jaga diri dan ahli keluarga kita. Kita masih dalam fasa PKPP dan belum menang,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya pada 30 September 2020

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri


 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar membuat catatan dalam akaun Facebook miliknya mengenai perkembangan terbaharu COVID-19 di Terengganu

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memohon kepada  warga Terengganu supaya sentiasa mematuhi patuhi SOP yang ditetapkan. 

“KKM akan menjalankan siasatan menyeluruh di lokasi dan kawasan yang pernah dikunjungi individu yang disahkan positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan pada 30 September 2020.

Status terkini COVID-19 di Terengganu


Penduduk negeri ini juga turut bimbang dengan trend kebanjiran ramai  pelancong dari luar negeri ini yang berkunjung ke pusat-pusat peranginan terkenal terutama di kawasan pulau termasuk Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Kapas.

Malah, Terengganu dijangka mencapai sasaran lima juta pelawat domestik pada akhir tahun ini melebihi sasaran awal iaitu 4.5 juta pelancong. 


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata ia berdasarkan jumlah sedia ada menunjukkan sasaran tahun ini berada di landasan tepat dan pihaknya percaya angka itu dapat dicapai sehingga penghujung tahun ini.

“Kami dapati berlaku peningkatan sekali ganda setiap bulan. Sebagai contoh di Taman Tamadun Islam, pada bulan Jun hanya 34,000 pengunjung seterusnya meningkat kepada 50,000 orang dan mencecah 94,000 pengunjung pada bulan Ogos.

“Ini merupakan trend yang berlaku di semua pusat pelancongan sebab itulah kita menjangkakan untuk dapat lima juta ini tidak mustahil dan munasabah walaupun pada asasnya kita cuma sasar 4.5 juta pelancong yang datang.

“Disamping itu, Industri pelancongan domestik Terengganu turut menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan kadar purata penginapan kedua tertinggi di Malasia selepas Pahang pada Julai 2020 sebanyak 65 peratus yang dikeluarkan oleh Persatuan Hotel Malaysia, dan apabila melihat angka ini, memang sesuatu yang luar biasa dan tidak mustahil untuk berjaya dalam sasaran kita,”ujarnya.

TAMAT

2
1
0
1
4
You will be interested