Alam Canggih 14 Jan, 2022

Jom buat duit! Jual minyak masak terpakai, dapat duit tambahan! Jadi biodiesel, lilin, sabun!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


MUNGKIN masih ada yang belum mengetahui, minyak masak yang sudah digunakan boleh dijual balik sekali gus mampu memberikan pendapatan sampingan selain sebagai usaha bagi bersama-sama menjaga alam sekitar.

Minyak masak terpakai tersebut kemudiannya dikitar semula bagi dijadikan bahan biodiesel, membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minyak masak


FAIRUZ AZRI ZULKEFLI


Pengusaha minyak masak terpakai Wilayah Utara, Fairuz Azri Zulkefli, 27, menyarankan penduduk dan pengusaha perniagaan yang menggunakan minyak masak supaya tidak membuang minyak masak selepas digunakan kerana ia boleh hasilkan pendapatan lumayan.

“Ramai tidak begitu menyedari terutama suri rumah dan pengusaha restoran serta gerai makan, minyak masak digunakan mereka untuk memasak dapat memberikan pulangan kewangan kepada mereka sekiranya dijual semula.

"Minyak masak yang terpakai itu dibeli dengan harga RM3 sekilogram (kg) dan menjangkau hingga RM3.30 satu kg sekiranya melebihi 50 kg atau 100kg," katanya ketika dihubungi.


Orang ramai boleh menghubungi Fairuz untuk menjual minyak masak terpakai.

Anak ketiga daripada empat beradik berasal dari Alor Star ini telah mengusahakan perniagaan berkenaan sejak tahun 2016 lalu dan sehingga kini telah memiliki dua buah lori untuk memudahkan pergerakan mengumpul minyak masak terpakai daripada pengguna sekitar Pulau Pinang, Kedah serta Perlis.

"Bersama tiga pekerja biasanya kami akan mula bergerak dari rumah ke rumah atau premis perniagaan bermula jam 10 pagi hingga lewat malam mengikut panggilan diterima daripada pelanggan atau pengguna yang ingin menjual minyak masak terpakai dikumpul mereka. 

"Kumpulan sasaran kami ialah penduduk atau pengusaha kedai makan serta restoran sekitar negeri Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Mereka yang ingin menjual minyak masak terpakai boleh hubungi talian 01111818595 untuk keterangan lanjut," ujarnya.

Minyak masak yang telah digunakan boleh dijual semula.



Minyak masak terpakai boleh dijual dengan harga RM3 satu kilogram.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 2, Jalan Kuala Kedah Alor Star ini akan menghantar minyak masak yang terkumpul  ke sebuah syarikat di Pulau Pinang sebelum dihantar ke Kuala Lumpur.

Anak pesara kerajaan ini bercadang untuk membesarkan perniagaan sekiranya mendapat bantuan atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan bagi menambah pembelian kenderaan untuk digunakan. - KitaReporters


Pekerja Fairuz sedang mengumpul minyak masak terpakai daripada pelanggan.

11
5
0
14
0
You will be interested

Doktor rancang nak buat pemindahan rahim! Bagi peluang golongan transgender pengalaman mengandung!

Seorang pakar bedah di New Delhi rancang untuk pindahkan rahim kepada seorang lelaki jalani pembedahan wanita transgender supaya dapat rasai nikmat kehamilan

Komik pertama Batman muncul dijual RM7.5j! Detective Comics No.27 1939! Hanya ada 6 muka surat!

Naskhah klasik paparkan watak Batman muncul buat pertama kali dalam sebuah komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta (RM7.5 juta)
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 1 day ago

Terima kasih Maritim Terengganu! Usaha carilamat temukan mayat nelayan! Hilang seminggu di laut!

Pencarian mayat nelayan T Razali Wok hilang di laut sejak seminggu lalu berakhir apabila jasad mangsa ditemukan terapung-apung oleh beberapa nelayan tempatan
Adnan Mohamad in Alam Canggih 2 days ago

Mencari yang halal toyyiban! Suami isteri usahakan fucuk dan tauhu! Berhenti kerja jadi usahawan!

Mohamad Shamsul Dzuhal, lulusan UiTM dan isterinya Norlina Abdullah, lulusan UPM buat keputusan berhenti kerja dari sebuah bank untuk ceburi bidang perniagaan
Nur Ain Darwishah in Alam Canggih 2 days ago

Terbaiklah Perhilitan Johor! Dapat atasi ancaman gajah liar! Dua gajah jantan berjaya ditangkap!

2 ekor gajah liar yang ceroboh, musnahkan tanaman di beberapa kampung di Labis dan Bekok sejak2 minggu lalu berjaya ditangkap oleh Unit Gajah Perhilitan Johor
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago