Alam & Sains 28 Mar, 2022

139 bot nelayan asing ditenggelamkan! Nilai RM205.5j! Jadi tukun tiruan! Akibat ceroboh perairan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this


BOT nelayan Vietnam yang menceroboh perairan Terengganu ditenggelamkan oleh Maritim Terengganu berdekatan Pulau Perhentian, Besut untuk dijadikan tukun tiruan pada 24 Mac 2022. - Kredit foto: Maritim Terengganu


SEBANYAK 139 buah bot nelayan asing yang didapati bersalah menceroboh menangkap ikan di perairan Terengganu telah dijadikan tukun tiruan sebagai tempat pembiakan anak ikan demi manfaat nelayan tempatan.

Bot-bot nelayan terbabit disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) dan 16(3) Akta Perikanan 1985 iaitu memasuki perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata sehingga kini bot-bot berkenaan yang dianggarkan bernilai kesemuanya kira-kira RM205.5 juta telah ditenggelamkan ke dalam laut berdekatan di beberapa pulau Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Maritim Malaysia


BOT nelayan asing yang sedang ditenggelamkan di perairan. - Kredit foto: Maritim Terengganu


Menurutnya, kaedah penenggelaman bot nelayan asing itu merupakan satu inisiatif dalam memulihara dan mengalakkan biodiversity marin serta meningkatkan sektor perlancongan terutama aktiviti rekreasi selam.

Selain itu, katanya, ia juga mengambarkan keseriusan Maritim Malaysia sentiasa peka membanteras kemasukan nelayan asing terutama dari Vietnam untuk menangkap ikan di perairan negara.

“Program pelupusan bot itu turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Taman Laut dan Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT).

“Maritim Malaysia akan terus melaksanakan rodaan untuk mengesan serta memerangi isu pencerobohan nelayan asing selain melakukan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya seperti dipetik dari Info Bencana Terengganu pada 25 Mac 2022 lalu.


DUA buah bot nelayan Vietnam yang melakukan kesalahan menceroboh telah dilucut hak secara musnah dan hancur oleh mahkamah di Jeti Marang, Terengganu pada 21 Mac 2021. - Kredit foto: FB Maritim Terengganu


Dalam kes terbaharu, kata Muhammad Suffi, pihaknya telah melakukan program yang sama dengan menenggelamkan dua buah bot nelayan Vietnam untuk dijadikan tukun tiruan di Pulau Perhentian, Besut pada Khamis 24 Mac 2022 lalu.

Dua buah bot nelayan asing itu ditahan serta dilucut hak oleh mahkamah pada tahun 2021 atas kesalahan menceroboh dan melakukan penangkapan ikan secara haram di perairan negara.  

Mahkamah mengenakan denda sejumlah RM2.5 juta membabitkan dua buah bot berkenaan tetapi tiada sebarang bayaran yang dilakukan oleh pemilik bot terbabit.


PELUPUSAN bot nelayan Vietnam dilakukan secara musnah dan hancur. - Kredit foto: FB Maritim Terengganu 


Beliau berkata berikutan dengan kegagalan itu, mahkamah berkenaan melucutkan hak dua buah bot tersebut untuk dilupuskan selain mengenakan hukuman penjara selama tujuh bulan kepada 26 nelayan Vietnam.

“Pelupusan dua buah bot nelayan Vietnam itu merupakan kali ketiga bagi 2022 yang dijalankan oleh pihak kami.

“Orang ramai terutama nelayan tempatan sentiasa diminta memberi kerjasama kepada pihak kami mengenai pencerobohan nelayan terbabit di perairan negara menerusi talian MERS 999,” ujar Muhammad Saffi. - KitaReporters


Kredit foto :FB Maritim Terengganu

 

8
10
0
12
0
You will be interested