Alam & Sains 14 Aug, 2020

Pelik tapi unik! Rumah nipis tapi keluasannya luar jangkaan!

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this

"JIKA bajet sikit tetapi masih ada hasrat mempunyai rumah sendiri, usah khuatir. Sesiapa juga boleh memilikinya apabila sebuah rumah nipis dengan keluasan terhad berjaya dibina di pinggir bandar Chicago di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai ‘Rumah Pie’.  Menarik dan unik ni!! : KitaReporters

Rumah Pie, reka bentuknya yang nipis benar-benar luar jangkaan. - Kredit Foto: Oditty Central


Lagi cerita-cerita berkaitan rumah:

https://kitareporters.com/search?search=rumah


Rumah yang nipis mirip potongan pai berbentuk baji (kapak) itu terletak di Deerfield, Illinois telah dibangunkan sekitar tahun 2003 dan kini telah menjadi antara tarikan untuk ke bandar berkenaan. 

Menurut laporan Oditty Central, bukan sahaja penduduk tempatan yang lalu-lalang di hadapan rumah berkenaan berminat mengambil gambar di hadapannya malahan pelancong juga datang semata-mata untuk melihat sendiri rupa bentuk rumah sempit itu.

Dalam pada itu, difahamkan, Rumah Pie atau dipanggil "penghulu rumah terkecil moden abad ini" dibina atas usaha pemaju Greg Weissman of Advantage Properties yang ingin menghasilkan satu bentuk rumah terbaik di atas sebidang tanah kecil dengan panjangnya hanya berukuran 0.036 hektar.


Nampak nipis...tetapi ruang masih ada untuk memberikan keselesaan.


“Walaupun salah satu dindingnya hanya selebar 3 kaki, ‘Rumah Pie’ direka dengan gaya cukup selesa.

"Rumah Pie mampu mempunyai dua bilik tidur, satu di tingkat atas dan satu lagi di ruang bawah tanah, dua bilik air dan ruang tamu dibina secara terbuka. Ianya lengkap berperabot.  Setelah gambar rumah tersebut menjadi viral dalam laman Zillow, pemiliknya memutuskan untuk berpindah.

“Pada asalnya menyenaraikan harta itu dengan harga $339,000 (RM1.4 juta), tetapi kemudian menurunkan lagi harganya sebelum melepaskannya daripada pasaran untuk sementara waktu. Akhirnya ia telah terjual dengan harga $270,000 (RM1.13 juta),” lapor laman sesawang tersebut.

Nampak seperti berlorong...masih selesa bergerak ke sana-sini.


Ruangan di dalam rumah tersebut jauh lebih luas daripada yang dilihat dari luar. Rumah Pie yang hanya mempunyai ruang seluas 1,122 kaki persegi, lebih menampakkan ia seperti rumah berlorong dan ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana keadaan orang yang boleh tinggal di situ?

Sementara itu, menurut The Chicago Tribude, ejen penyenaraian rumah nipis itu menyifatkan pembinaan rumah tersebut adalah lain daripada yang lain terbina di Deerfield. - KitaReporters

1
7
1
2
0
You will be interested