Alam & Sains 29 Apr, 2021

Berita Terkini| Kluster Bangkahulu: Bayi sebulan antara 195 jalani ujian calitan! 279 penduduk

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

PROSES sanitasi di Masjid Bangkahulu, Tampin telah dilakukan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, pada 16 April 2021. - Kredit Foto utusan.com .


SEORANG bayi perempuan berusia kira-kira sebulan antara 279 penduduk Kampung Bangkahulu di Tampin, Negeri Sembilan yang menjalani ujian calitan Covid-19 susulan tercetusnya Kluster Bangkahulu.

Perkampungan itu kini melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula pada Khamis, 29 April hingga 12 Mei 2021.

Menurut Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Rosmawati Abdullah, 49, bayi berkenaan merupakan penduduk termuda, manakala penduduk tertua di kampung itu yang melakukan calitan berusia 84 tahun.

“Di kampung ini terdapat 111 rumah, namun buat masa ini hanya 89 rumah yang berpenghuni.

“Rumah yang tidak berpenghuni didapati telah dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan dan ada juga rumah yang dijadikan sebagai kediaman persinggahan sahaja,” katanya yang dipetik oleh Kosmo, Khamis 29 April 2021.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin, Suhaiza Sharudin berkata, sebanyak 195 daripada 279 penduduk telah menjalani ujian calitan Covid-19 dan bakinya akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Kes mula dikesan pada 15 April (2021) lalu dan sehingga kini sebanyak 39 kes positif Covid-19 telah direkodkan dalam Kluster Bangkahulu.

“Penduduk yang positif kini ditempatkan di tiga buah hospital iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban dan juga Hospital Segamat,” katanya.

Dalam masa juga, Suhaiza berkata terdapat penduduk yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Sebelum ini, Masjid Bangkahulu ditutup kira-kira dua minggu susulan pengesanan kes positif Covid-19 membabitkan imam masjid berkenaan.

Kerja-kerja sanitasi oleh pasukan bomba telah dijalankan pada 16 April 2021 selepas pengesanan tersebut dibuat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Gambar hiasan... Kes dikesan pada 15 April lalu  dan sehingga kini sebanyak 39 kes positif Covid-19.

0
0
2
0
1
You will be interested