Alam & Sains 15 Feb, 2022

Video| Dahsyat betul pak cik ni! Masak guna tekanan air, udara! Cipta dapur masak tak guna gas!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Zaman moden ini, pelbagai teknologi yang ada dari dapur minyak, dapur gas, dapur elektrik, dapur aruhan (induction) dan Thermomix bagi memudahkan seseorang untuk memasak.

Tetapi memasak menggunakan kuasa air dan udara masih belum ada kan?

Namun berbeza dengan seorang lelaki yang berasal dari Gombe, Nigeria ini yang memasak menggunakan tekanan air dan udara hasil ciptaannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dapur


Menurut laporan Techgh24, warga emas bernama Malam Hadi Usman yang berusia 67 tahun ini telah mencipta dapur tanpa menggunakan gas, elektrik atau minyak tanah sebaliknya dengan tekanan air dan udara untuk menghasilkan api memasak

Rupa-rupanya warga emas ini adalah seorang juruteknik elektronik, sebab itu beliau sangat bijak dan mampu cipta sesuatu yang berinovasi.

Idea untuk buat dapur tanpa guna gas ini telah timbul disebabkan harga gas dan minyak tanah yang semakin mahal di Nigeria termasuklah di Ghana.



Dalam masa yang sama, dia juga berharap agar ada syarikat atau institusi yang berminat untuk mengembangkan dan patenkan ciptaannya itu agar dapur memasak ciptaannya itu dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat untuk jimat duit tanpa perlu beli gas.

Hebatlah ciptaanya pak cik ni, haraplah kat Malaysia masuk dah jimat sangat dah duit kita kan. - KitaReporters


11
14
0
10
0
You will be interested