Alam & Sains 28 May, 2022

Video| Penstrim langsung, pembikin video online? Sertai program latihan LiveNOW! Anjuran Alibaba!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


ALIBABA Group baru-baru ini mengumumkan penganjuran semula program latihan LiveNOW, iaitu inisiatif tanggungjawab  sosial korporat (CSR) yang dikhususkan untuk masyarakat Malaysia. 

Sebagai lanjutan kepada program LiveNOW sulung yang diadakan pada tahun 2020, edisi 2022 akan dimodelkan semula untuk peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk kumpulan B40 dan komuniti lain yang kurang mendapat perhatian, serta membantu mereka untuk meraih potensi peluang dalam dunia e-niaga  interaktif.  

Direka bentuk untuk individu yang berminat dalam meneroka kerjaya sebagai penstrim langsung KOL (pemimpin pendapat utama atau key opinion leaders) atau pembikin video dalam talian, LiveNOW 2022 juga adalah relevan kepada pemilik perniagaan, terutama usahawan mikro, yang cenderung untuk mengehoskan penstriman langsung mereka sendiri atau menghasilkan  video e-niaga mereka sendiri untuk memperdalam penglibatan pengguna.  


Lagi



Ditaja sepenuhnya oleh Alibaba, latihan ini akan dikendalikan dalam tiga bahasa merentas tiga hari Sabtu – 25 Jun untuk Bahasa Inggeris, 2 Julai untuk Bahasa Malaysia, dan 9 Julai untuk Mandarin

Semua sesi latihan akan diadakan secara dalam talian untuk menampung  lebih ramai peserta di seluruh negara.  

“Peningkatan realiti mudah alih diutamakan (mobile-first) membawa maksud bahawa format penglibatan pengguna seperti penstriman langsung dan video dalam talian semakin berjalin dengan perniagaan,” jelas Jess Lew, Pengurus Negara, Tmall Taobao World Malaysia, unit perniagaan Alibaba yang menyokong program LiveNOW, dalam satu kenyataan media pada 19 Mei 2022. 

“Didorong oleh maklum balas positif yang kami terima pada tahun 2020, kami berasa teruja untuk menganjurkan semula  program CSR LiveNOW kami pada tahun ini untuk membuka ruang kepada potensi peluang dalam e-niaga interaktif yang lebih meluas kepada rakyat Malaysia, sebagai sebahagian daripada komitmen Alibaba untuk membolehkan akses kepada ekonomi digital untuk semua.”  

Di samping modul asal mengenai penstriman langsung KOL yang dibawakan oleh LiveNOW  2020, latihan pada tahun ini akan dipertingkatkan untuk merangkumi komponen pembikinan video dalam talian memandangkan penggunaan video pendek yang semakin meningkat sebagai kaedah pemasaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Para peserta akan memperoleh peluang untuk menimba ilmu daripada penceramah undangan pakar, termasuk  wakil-wakil dari Taobao Malaysia dan Lazada Malaysia, selain para KOL yang akan berkongsi pengalaman langsung dan pelbagai input mereka.  

Meneruskan Latihan LiveNOW sulung, yang berjaya menginkubasikan 200 KOL penstriman  langsung, program pada tahun ini menetapkan sasaran untuk melatih sehingga 300 peserta melalui kolaborasi dengan MODEN KOL Academy selain sokongan daripada Human Resource Development Corporation (HRD Corp), MYNIC Berhad, Selangor Information  Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) dan Perbadanan Pembangunan Belia  Pulau Pinang (PYDC). 



Jerry Hang, Pengasas MODEN KOL Academy, berkata, dalam kenyataan media yang sama: “Pada tahun ini, di samping  kemahiran penstriman langsung, peserta akan turut mempelajari erti sebenar menjadi  seorang KOL tulen dan bagaimana ia berbeza dengan keadaan menjadi seorang  pempengaruh semasa program sehari penuh kami. 

"Selain itu, memandangkan para pengguna hari ini menuntut lebih banyak kandungan video dan kajian yang menunjukkan  bahawa sebahagian besar daripada mereka adalah lebih berkeyakinan untuk membeli sesuatu produk selepas menonton video, kami akan memasukkan latihan dalam pembikinan video e-niaga untuk membina pengetahuan asas para peserta dalam bidang ini.”  

Program pada tahun 2022 ini juga telah dioptimumkan untuk mencipta lebih banyak peluang pascalatihan kepada para peserta untuk menukarkan pembelajaran yang telah diperoleh  mereka dalam bentuk amali. 

Mereka yang telah melengkapkan latihan dialu-alukan untuk  menyertai Komuniti LazTalent, iaitu kumpulan KOL penstriman langsung akar umbi Lazada.  

Di samping itu, mereka juga boleh menyertai Lazada sebagai penjual di Lazada Marketplace  dan menikmati manfaat serta sokongan secara langsung di bawah 'Hari-Harimau New Seller Kickstarter Package' oleh Lazada Malaysia. Mereka juga akan menerima sijil digital rasmi  untuk mengiktiraf penyertaan mereka.  

Pendaftaran dalam talian bagi Program Latihan LiveNOW 2022 (https://bit.ly/livenow2022) kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. 

Tempat adalah tersedia berasaskan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’.  - KitaReporters


15
17
0
11
0
You will be interested