Alam & Sains 11 Jun, 2021

Berita Terkini| 60 kluster perayaan Adilfitiri, Gawai dikesan! Situasi serius, membimbangkan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

13,023 individu telah disaring dan 3,511 kes positif Covid-19 dikenal pasti dan ia menjadikan kadar positif sebanyak 27 peratus .


SEBANYAK 60 kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan Aidilfitri dan Hari Gawai dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat Khamis, 10 Jun 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 58 kluster membabitkan sambutan Aidilfitri, manakala selebihnya adalah Hari Gawai.

“Situasi berkenaan disifatkan sebagai serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh singkat iaitu antara 13 Mei hingga 10 Jun dan Sabah mencatatkan kluster perayaan paling tinggi dengan 11 kluster, diikuti Sarawak lapan dan Kedah dengan tujuh kluster.

“Daripada jumlah kluster dikesan itu, sebanyak 13,023 individu sudah disaring dan 3,511 kes positif Covid-19 dikenal pasti dan ia menjadikan kadar positif sebanyak 27 peratus.

Daripada jumlah kes positif dikenal pasti itu, terdapat 20 kes kematian, manakala 11 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Jumaat, 11 Jun 2021.

Dr Noor Hisham berkata, jika masyarakat masih leka dan tidak mengambil iktibar serta pengajaran daripada aktiviti kunjung-mengunjung dan rentas negeri ketika musim perayaan, tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak akan berulang di Malaysia.

"Semua pihak bertanggungjawab melindungi golongan rentan, khususnya ibu bapa yang uzur di kampung dengan tidak mendedahkan mereka dengan jangkitan virus SARS-CoV-2 ini," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

DR NOOR HISHAM berkata, sekiranya masyarakat masih leka tidak mustahil peningkatan kes secara mendadak akan berulang. 

 

0
0
0
0
0
You will be interested