Alam & Sains 08 Jul, 2020

Nak ikan pelaga? Jangan cari di kedai! Semua ada di medsos!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

MENTERNAK dan membela ikan pelaga merupakan hobi "rare" yang tidak semua orang minatBeratus-ratus jenisnya telah ditemui oleh pengkaji, sekali gus menamakannya dengan nama saintifik yang pelbagai. : KitaReporters


Ikan pelaga adalah sejenis ikan air tawar yang dipelihara di dalam akuarium; ia dikatakan berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara. Antara jenisnya seperti Betta Splendens iaitu ikan pelaga Siam, Betta Imbellis iaitu ikan mengkaring dan Tricopsis Vittata iaitu ikan sempilai.

Salah sati jenis ikan pelaga iaitu Betta splendens


Sering kali kita beranggapan bahawa membela ikan pelaga merupakan sebuah hobi lecehan dan murahan.

Jika sebuah barangan perkakas motor boleh dianggarkan berharga purata sekitar RM1,000, jangan terkejut pula ikan pelaga mampu melonjak harganya ke angka RM10,000 seekor mengikut corak dan jenis bakanya.


Ikan pelaga semakin digilai masyarakat di negara ini


Hobi ini semakin berkembang maju sehingga meninggalkan aktiviti 'rare' yang lain seperti mengumpul setem, tutup botol serta mengubah suai kenderaan seperti motosikal bagi golongan remaja.

Teringat penulis ketika kecil dahulu bersama rakan-rakan semasa musim cuti sekolah kononnya mencari ikan pelaga di kawasan longkang kecil, entahkan ikan pelaga atau anak berudu keduanya ditangkap dan dimasukkan di dalam bekas minuman.

Hati berasa puas biarpun bukan ikan pelaga sebenar, campur-campur dengan anak berudu dan anak ikan kecil yang tidak diketahui jenisnya.

Disaring antara berudu dan anak ikan dan dibawa pulang dibela dalam sebuah bekas minumam.

Dua, tiga hari mati!


Untuk pengetahuan umum, habitat ikan pelaga tidak hanya terhad di kawasan sawah padi, kawasan paya atau sawah terbiar, ia juga berada di kawasan parit-parit kecil di sekitar sawah padi.

Pastinya jika anda merupakan "budak nakal kampung" semestinya akan mengingati salah satu tempat "favourite" bermain bersama rakan-rakan.

Rindu pula!

Terdahulu sebuah portal berita, Berita Harian pernah membuat satu laporan khas berkaitan ikan pelaga di Bukit Mertajam.

Kredit foto: portal berita, Berita Harian (BH) 


Inti pati laporan tersebut memaparkan seorang remaja berusia 21 tahun selesa dan berjaya dengan minat yang dijadikan hobi, sekali gus sebagai sumber mata pencariannya menerusi tangkapan ikan pelaga tersebut.

Ringkasnya ikan pelaga jenis Albino merupakan sejenis ikan pelaga yang tersangat "rare", dicari-cari peminatnya walaupun harganya mencecah sehingga ribuan ringgit. 

Kredit foto: Berita Harian Online


Kini permintaan ikan pelaga tidak lagi terhad dengan menggunakan kaedah tradisional seperti di kedai akuarium atau lelongan bergerai srta carian berdasarkan permintaan.

Peredaran zaman yang canggih telah melonjakkan sistem penjualan dan lelongan yang lebih "standartd" dan "eksklusif".

Jika dahulu penjualan ikan pelaga lebih ke arah secara "face to face" kini tidak lagi dengan adanya Facebook, Intagram atau Twitter penjual hanya perlu merekodkan saat, masa dan promosikan barangan yang hendak diniagakan.

Yang penting jenis ikan pelaga yang ditawarkan menarik dan bermutu, pasti akan ada pengemarnya yang membuat tawaran.

Peniaga dalam talian semakin mesra dengan sistem serta kaedah uar-uar maya yang lebih pantas dan meluas


Pada hari ini, ramai penjual, anak muda dan peniaga menceburi bidang penjualan secara dalam talian (online)

Ada setengah itu mereka berniaga sehingga ke awal pagi bagi menarik pelanggan untuk membeli produk yang ditawarkan.

Tidak setakat itu, ada sebahagian peniaga membuka peraduan (contest) kecil-kecilan atau yang berpadanan dengan nilai produk yang dilelongkan dan dijual.

Jangan tidak tahu barangan seperti jam, barang permainan (toys) juga emas celup turut menjadi saingan dalam platform medianya masing-masing.

Penjualan dalam talian sememangnya meriah!

Penjualan sesuatu produk secara dalam talian atau live tidak terhad dengan masa atau waktu


Justeru minat yang mendalam disusuli hobi yang berterusan mampu menjana pendapatan langsung dalam senyap.

Hobi yang dianggap tidak bermanfaat suatu ketika dahulu kini berkembang maju dengan sistem FB yang dapat menguar-uarkan secara laju dan konsisten.

Taktiknya mudah! Ada produk, petah berkata-kata dan ada jam untuk mencatat waktu serta banyak tetamu maya.

Tidak mustahil penjualan dan minat terhadap ikan pelaga yang sebesar kelingking jari ini mampu melonjakkan nama dan harga setanding ikan arowana dan flower horn sedikir masa lagi.

Jangan tidak percaya. "Kecil-kecil, cili api" ok! - KitaReporters

2
11
0
1
0
You will be interested