Alam Canggih 03 Feb, 2021

Video| Iman, 9 tahun, bercita-cita jadi saintis! Gunakan buah-buahan untuk hasilkan elektrik

@samsudin oli mohamed
Mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan sejak 1986 dan menjadi penceramah serta penulis bebas untuk beberapa penerbitan.

Share this

Wan Iman Irsyad Wan Muhammad menjalankan eksperimen menggunakan buah limau untuk menghasilkan elektrik.


MURID Tahun Tiga Wan Iman Irsyad Wan Muhammad menghasilkan elekrik dengan menggunakan buah-buahan antaranya pisang dan lemon bagi memenuhi masa di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini.

Walaupun ramai murid terpaksa berada di rumah akibat mematuhi PKP yang diumumkan oleh kerajaan kerana pandemik Penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) namun Iman antara murid yang mengisi lapangnya dengan menghasilkan kreativiti melalui tontonan YouTube.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan murid:

https://kitareporters.com/search?search=murid


 

Pisang juga antara buah yang digunakan dalam uji kajinya.


Anak bongsu daripada dua beradik ini yang bercita-cita menjadi saintis ini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah.

Menurut ibunya Prof Madya Dr Rajwani Md Zain, 46, anaknya itu lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti berbentuk eksperimen dan melukis, selain daripada menonton YouTube.

“Iman akan meminta kami membeli bahan untuk uji kajinya selepas menonton YouTube terutamanya," kata Dr Rajwani lagi.


Senyum melihat uji kajinya berjaya menghasilkan elektrik.



Kata Dr Rajwani, kos untuk pembelian juga rendah dan kadangkala tidak sampai RM15 untuk setiap bahan uji kajinya itu kerana bahan-bahan lain diperolehi daripada barangan sedia ada di rumah.

Iman juga mendapat bimbingan daripada ayahnya Wan Muhammad Nasri Wan Abd Rahman yang juga guru subjek sains dan matematik di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), Kedah.

Antara projek lain yang Iman buat ialah projek Sistem Suria (sistem planet dan matahari). - KitaReporters


Wan Iman Irsyad tekun menghasilkan projek Sistem Surianya.


Wan Iman Irsyad bersama Sistem Suria yang dihasilkan.

11
1
0
1
0
You will be interested

Video| Platform e-dagang eJazmine ke pasaran luar negara! Jemput usahawan sertai Virtual Mall!

Platform eJazmine.com kembangkan sayap dari lokal ke global apabila masuki Indonesia, Filipina, Bangladesh serta perkenal Virtual Mall (Pusat Beli Belah Maya)

Rahana MD in Alam Canggih 1 week ago

Kenaikan harga sayur sementara! Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam naik - KPDNHEP!

Kenaikan harga sayur adalah sementara. Dijangka alami penurunan apabila keadaan cuaca bertambah baik. Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam pun naik
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Video| Hukum guna Android box? Berdosa atau tak berdosa? Ini jawapan mufti yang perlu anda tahu!

Kini ramai gunakan Android box (kotak Android) kerana ia lebih jimat berbanding langgan saluran berbayar. Tapi pernahkah terfikir hukum beli, guna Android box?
Zul Akmar Jamaludin in Alam Canggih 5 days ago

Bantu wanita berniaga! Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenalkan peniagaan jemaah di AEON!

Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenal konsep perniagaan berjemaah dan berkongsi bayar sewa serta letakkan produk di pusat beli-belah seperti cawangan AEON
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 6 days ago

Video| Doktor makan najis, minum air kencing lembu! Dakwa baik untuk kesihatan, imuniti tubuh!

Dr Manoj Mittal di India sanggup makan najis lembu dan minum air kencing binatang itu dengan dakwaan ia baik untuk kesihatan dan mampu tingkat imuniti tubuh
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 1 week ago