Alam & Sains 26 Sep, 2021

Lebih 2 jam petugas usung karung berisi ular sawa 9m, 120kg! Untuk dilepaskan jauh dalam hutan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

ULAR sawa gergasi sepanjang sembilan meter dan beratnya 120 kilogram yang ditemui di kebun kelapa sawit Desa Sungai Buluh, Kecamatan Bunut, Palalawan, Riau. - Kredit foto: Liputan6.com


PETUGAS Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Riau, Indonesia terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk mengusung sebuah karung ular sawa batik gergasi sepanjang sembilan meter dan beratnya 120 kilogram sebelum dilepaskan ke dalam hutan yang agak jauh dengan warga Desa Sungai Buluh, Kacematan Bunut, Kabupaten Palalawan, Riau pada 22 September 2021 lalu. 

Usaha yang dilakukan itu untuk menyelamatkan haiwan itu dipercayai berusia 30 tahun yang juga dikenali ular Malayopython Reticulatus atau Python Reticulatus dapat hidup di habitat asalnya.

Selain ular itu tidak akan mengganggui warga desa yang melakukan aktiviti pertanian di perkampungan penduduk.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular sawa

PETUGAS BKSDA Riau sedang mengusung karung ular sawa seberat 120 kilogram mengambil masa perjalanan lebih dua jam untuk dilepaskan ke dalam hutan. - Kredit foto: Kompas.com


Sebelum itu, beberapa hari lalu, ular sawa batik betina itu ditemui warga di sebuah kebun sawit di Desa Sungai Buluh kemudian haiwan itu dtangkap oleh seorang pecinta haiwan bernama Amar dari Kota Pekanbaru, Riau.

Ular sawa batik itu kemudiannya dipelihara beberapa hari di rumahnya, sebelum Amar menyerahkannya kepada BKSDA Riau untuk tindakan selanjutnya pada siang 22 September 2021. 

Amar juga seorang pemuda yang selama ini selalu menangkap pelbagai spesies ular dan aksinya selalu dimuat naik ke dalam akaun YouTube miliknya.


PETUGAS terpaksa merempuh anak sungai dan anak bukit di dalam hutan. - Kredit foto: Kompas.com


Laporan Liputan6.com pada 23 September 2021 memetik Ketua BKSDA Riau, Hartona sebagai berkata pihaknya telah melepaskan semula haiwan itu di sebuah hutan yang terpencil dari perkampungan desa itu supaya kehidupan binatang itu  lebih selamat.

Menurutnya, jika ular itu dilepaskan dalam hutan berdekatan kemungkinan haiwan itu akan mengancamkan keselamatan warga desa ataupun ia akan dibunuh jika haiwan itu tersempak lagi dengan masyarakat desa.

``Kami terpaksa berjalan kaki merempuh anak sungai serta anak bukit selama lebih dua jam di dalam hutan sambil mengusung karung ular sawa batik itu sehingga terjumpa kawasan yang sesuai bagi melepaskan haiwan itu.


Kredit foto: Kompas.com


``Lokasinya sangat jauh dari pemukiman penduduk desa dan masyarakat setempat tidak perlu bimbang lagi,’’ kata Hartona.

Setelah dilakukan pelepasannya, katanya, ular itu kelihatan bersemangat masuk ke dalam semak dan ia hilang dalam semak di hutan itu. 

``Semuga ia hidup sihat dan selamat di kawasan baru,’’ ujarnya. - KitaReporters



Kredit foto: LIputan6.com

12
10
0
6
0
You will be interested

Video| Harimau kumbang berjaya diperangkap! Guna umpan kambing! Felda Lasah di Sungai Siput Utara!

Harimau kumbang diperangkap terperangkap ditangkap Felda Lasah Sungai Siput Utara Perhilitan Perak ladang kelapa sawit peneroka perangkap pekerja ladang kebun
Abdul Razak Din in Alam & Sains 2 weeks ago

Perubahan di benua Antartika beri kesan kepada Malaysia! Rakyat perlu sedar kesan perubahan iklim!

Benua Antartika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)
Mohammad Ishak in Alam & Sains 2 weeks ago

Video| Oyen akhirnya ditangkap! Gara-gara suka gigit, cakar orang dan curi ikan! Ramai jadi takut!

kucing jalanan haiwan Oyen ditangkap mencakar menggigit mencuri ikan takut ketakutan video tukar warna oren Pakansari Bogor video tular ditahan bertindak ganas
Zul Akmar Jamaludin in Alam & Sains 2 weeks ago