Alam & Sains 31 May, 2020

Penantian 8 tahun!! Pesan Brylcreem 2012! 2020 baru terima!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PERKHIDMATAN pos kini menjadi organisasi paling sibuk terutama tempoh perintah sekatan pergerakan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan ramai yang menggunakan perkhidmatan berkenaan ketika membeli-belah secara dalam talian. Apa sahaja yang dipesan dalam talian akan tiba pada tangan pemesan tidak sampai seminggu. Tapi betul ke?? : KitaReporters


Malah ada ketikanya, belum sempat 24 jam berlalu barangan yang dipesan telah bertukar tangan kepada pemesan.

Namun berbeza di Kanada, apabila seorang pemuda terkejut menerima bungkusan daripada sebuah syarikat beli-belah dalam talian, Well.ca

ELLIOT BERINTEIN menunjukkan tiub gel rambut Brylcreem yang dipesan dari sebuah syarikat beli-belah dalam talian kira-kira lapan tahun lalu pada 2012 dan tiba di rumahnya awal Mei 2020. -cbc.ca


Elliot Berintein yang dipetik cbc.ca berkata, bungkusan berkenaan tiba di rumahnya pada 6 Mei 2020.

Dia yang merupakan seorang doctor perubatan terkejut ketika menerima bungkusan berkenaan berikutan tidak membuat sebarang pesanan dalam masa terdekat.

RESIT pembelian turut dilampirkan bersama pesanan di dalam bungkusan berkenaan.


Namun semua terjawab apabila dia menemui resit pembelian yang dipesan pada tahun 2012 dan bungkusan berkenaan yang mengandungi sejenis tiub gel rambut jenama Brylcreem.

Alamak! Lamanya ambil masa nak sampai pesanan ni!!

KOTAK yang berisi tiub gel rambut yang dipesan kira-kira lapan tahun lalu akhirnya tiba kepada pemesannya.


Pesanan berkenaan dibuat pada tahun 2012 dan tiba di rumahnya 2020.

Berinstein mengakui dia juga sudah terlupa dengan pesanan berkenaan yang bernilai RM15.80.

Malah dia mengakui bahan yang tiba tersebut sudah tidak boleh digunakan kerana bertukar warna.

"Sepatutnya gel rambut berkenaan berwarna putih, tetapi apa yang saya terima ini sudah bertukar menjadi kuning, mungkin telah kehabisan tempoh penggunaan," ujarnya.

Kredit foto: reddit.com


Berinstein kemudian berkongsi kisah berkenaan di laman sosial, Reddit sebelum menjadi tular dan dibaca sehingga 21,900 pengikut.

Menariknya, kisah pemuda berkenaan menjadi tular dan mendapat reaksi daripada seorang individu yang mengaku daripada pengurusan syarikat beli-belah dalam talian.

Malah individu berkenaan turut memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. - KitaReporters

 

 

2
0
0
0
0
You will be interested