Alam & Sains 15 Apr, 2020

SYUKUR!! JEMAAH JAMAN TORY BEBAS COVID-19

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

PERHIMPUNAN Ijtimak Jord Qudama dan Ulama Malaysia di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur anjuran Markaz Tabligh Malaysia Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac 2020 berlangsung tanpa sebarang masalah sehingga tanpa sedar berlakunya ancaman dan penularan jangkitan wabak pandemik COVIDC-19. : KitaReporters

Tiada seorangpun dalam kalangan 14 jemaah ini dijangkiti virus COVID-19. - Kredit foto-foto dan video:

https://www.facebook.com/juara.teow


Ijtimak itu yang bermula sebagai satu bicara minda keagamaan tetapi berakhir sebagai kluster besar jangkitan COVID-19 yang menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam bilangan mereka yang dijangkiti virus itu di Malaysia.

Turut terkesan dengan penularan wabak itu ialah sekumpulan jemaah tabligh dari Kuantan, Pahang yang kemudiannya bergerak untuk menjalankan misi dakwah ke Sarawak selepas selesai ijtimak.

Tiada sebarang masalah pada peringkat awal kembara dakwah itu

Dalam satu temu bual menerusi aplikasi WhatsApp, ketua jemaah tabligh Jaman Tory, Muhammad Abdul Salam Abdul Ghani, 40, berkata seramai 14 jemaah berusia antara 18 hingga 53 tahun dari Ijtimak Sri Petaling itu tiba di Miri untuk melaksanakan misi dakwah selama 40 hari pada 5 Mac 2020.

"Bagaimanapun, kami terkejut apabila selepas beberapa hari berada di Miri, kami dikejutkan dengan berita mengenai kes COVID-19 pertama dari Kluster Tabligh iaitu salah seorang peserta ijtimak dari Brunei.

"Justeru, pada 9 Mac 2020, Markaz telah mengarahkan semua jemaah sama ada yang berada di kediaman masing-masing atau yang telah bergerak untuk berdakwah hadirkan diri ke pusat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani ujian saringan. 

Sebahagian jemaah menjalani ujian saringan COVID-19


Wajah mereka sentiasa ceria 


Menurutnya, jemaah Jaman Tory adalah jemaah bergerak pertama yang ditempatkan di pusat kurantin iaitu di Hospital Miri.

"Alhamdulillah kesemua jemaah didapati negatif selepas menjalani ujian saringan sebanyak tiga kali iaitu kali pertama di Hospital Miri, Perkampungan Sukan Petronas (saringan kedua) dan di 

Dewan Orang Ramai Kampung Lembah Hijau (saringan ketiga) sebelum dibenarkan pulang ke Kuantan," katanya.

Ketenangan mereka ketika menjalani tempoh kuarantin itu, bagaimanapun tergugat apabila cerita-cerita palsu mereka viral dalam dalam beberapa grup WhatsApp di Kuantan yang kononnya semua jemaah Jaman Tory positif COVID-19.

"Tak tahulah sama ada disebarkan berita palsu tu atas dasar khianat atau tersalah maklumat, namun ini pastinya memberi sedikit perasaan tidak enak dalam kalangan ahli jemaah dan reputasi Restoran Jaman Tory Resepi sendiri. 

"Saya dapat berita ini pun daripada salah sorang ahli jemaah di Kuantan, Shahrizan Salleh," katanya. 

Masa lapang mereka sentiasa dipenuhi dengan aktiviti keagamaan


Masa lapang mereka sentiasa dipenuhi dengan aktiviti keagamaan



Mereka semua bebas COVID-19!!!

Kini, kumpulan jemaah itu sudah selamat tiba di Kuantan tanpa perlu menjalani saringan di pusat kesihatan lagi sebagaimana disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana sudah menjalani kuarantin di Miri.

Mereka tiba dari Kucing menerusi penerbangan MAS jam 4.45 petang pada 12 April 2020 dan terus pulang ke Kuantan dengan menginap di homestay sekitar Indera Mahkota sebagai langkah keselamatan.

Menurut Muhammad Abdul Salam,  mereka bagaimanapun memilih untuk kuarantin diri terlebih dahulu selama tiga hari di homestay berkenaan sebelum pulang ke kediaman masing-masing.

Jangan takut dengan jemaah Jaman Tory kerana mereka memiliki surat pelepasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), KKM dan beberapa pihak lain. 

Mereka sentiasa tenang dan member kerjasama yang sangat baik ketika menjalani tempoh kuarantin


Dalam satu hantaran dalam laman sosial Facebook miliknya, Muhammad Abdul Salam memuat naik status beliau selepas selamat tiba di Kuantan.

"Walaupun dah sampai kuantan... tak boleh balik rumah lagi, kena kuarantin diri dulu.... sebagai langkah berjaga2 kerana kami menaiki flight dan melalui airport....antara tempat2 yg sangat berisiko..... 

Utamakan keluarga walaupun terpaksa berkorban sikit..

Kami bukan penyebar Virus Covid 19, kami hanya sebarkan HIDAYAT untuk umat seluruh alam .... supaya semua umat dapat amalkan agama dengan sempurna mengikut sunnah." 


Seorang pengguna Facebook dengan nama Razzman juga meminta warga Kuantan supaya tidak mempercayai khabar angin yang menyatakan jemaah Jaman Tory positif COVID-19 dan meminta mereka mendengar penjelasan ketua jemaah, Muhammad Abdul Salam terlebih dahulu dan jangan suka menabur fitnah.


Muhammad Abdul Salam turut berterima kasih kepada semua pihak terutamanya KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan semua pasukan barisan hadapan di atas layanan yang baik sepanjang menjalani tempoh kuarantin. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested