Alam & Sains 08 Dec, 2022

Masya-Allah! Thailand miliki Muzium al-Quran terbesar di Nusantara! Berusia antara 150-1,100 tahun!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Bangunan lama Muzium al-Quran yang menempatkan ratusan al-Quran berusia beratus-ratus tahun


PENGEMBARAAN ke negara Gajah Putih terutama di Wilayah Selatan Thailand, tidak terasa berada di negara bukan Islam apabila wilayah tersebut mempunyai banyak lipatan sejarah Islam dan Melayu Nusantara yang masih subur.

Peluang mengikuti misi lawatan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Daerah Besut, Terengganu ke bebarapa wilayah di selatan negara tersebut banyak mengamit kenangan terutama menghayati perkembangan pembangunan agama Islam.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan muzium-muzium

Bangunan baharu Muzium al-Quran yang menerima pembiayaan daripada Kerajaan Turki di Kampung Anak Ayam, Narathiwat akan beroperasi pada 2023.


Timbalan Pengerusi PPKM Besut, Mohamed Awang (baju merah) menyerahkan sumbangan kepada Mohd Lutfi Samae ketika membuat lawatan ke Muzium al-Quran


Muzium Warisan Budaya Islam yang terletak di Daerah Yi Ngo di Wilayah Narathiwat, Thailand, yang banyak mengumpul koleksi al-Quran bersejarah antara tempat yang sesuai dikunjungi masyarakat Islam jika berpeluang berkunjung ke Thailand.

Pembinaan muzium tersebut telah berkembang pesat. Bangunan utamanya kini mempunyai gabungan seni bina tempatan dan reka bentuk Islam yang unik.

Ciri utama muzium ini ialah pameran al-Quran lama yang disimpan dalam bekas kaca.

Selain itu, sekumpulan artis yang dilatih oleh jabatan seni halus muzium ini sedang berusaha untuk memulihkan al-Quran yang rosak. Mereka dikehendaki mengetahui jenis kulit dan kertas.


Mohd Lutfi Samae


Ketua Muzium, Mohd Lotfi Samae berkata, muzium tersebut kini menyimpan lebih 100 al-Quran lama yang disumbangkan oleh penduduk kawasan itu. 

Beliau yang juga Pengarah Sekolah Asmanmitwitiya di Patani, berkata, kisah muzium ini bermula dengan terciptanya pusat pendidikan oleh orang kaya dari negara jiran, Malaysia yang dilengkapkan dengan koleksi ayat al-Quran.

Katanya, pusat ini telah menarik perhatian orang ramai terhadap pemeliharaan al-Quran yang indah.

Selepas menubuhkan jabatan pemulihan, beberapa orang tempatan menyumbangkan al-Quran lama mereka kepada pegawai projek muzium untuk pemulihan.

Dipercayai kitab suci al-Quran lama yang ditemui di selatan Thailand yang berusia antara 150 hingga 1,100 tahun itu berasal dari India, China, Iran, Mesir, Yaman, Maghribi, Sepanyol, Afrika dan Uzbekistan


Al-Quran lama tulisan tangan berusia lebih 100 tahun disimpan di Muzium Al Quran di Narathiwat


Beliau berkata, sebuah komplek muzium baharu kini dalam proses pembinaan berhampiran tapak muzium lama yang akan mengumpul koleksi al-Quran bersejarah yang indah untuk dipamerkan di muzium ini.

“Muzium itu, yang dijadualkan dibuka pada awal tahun 2023 akan membuka tingkap ke selatan Thailand sebagai sebuah negara berbilang budaya.

“Muzium itu akan menjadi tarikan utama dan menarik pengunjung yang ingin mengetahui tentang sejarah yang kaya di rantau ini sebagai masyarakat majmuk,” katanya. 

Muzium tersebut memberi penerangan tentang sejarah kehidupan Islam di selatan negara itu, bersama dengan penganut Buddha dari Cina.

Pendatang Islam dari pelbagai negara hidup aman dan hidup berdampingan dengan agama lain.


Al-Quran bertulisan tangan yang ditulis di atas kulit kambing disimpan di Muzium Al Quran di Narathiwat,Thailand


Menurutnya, pembinaan muzium baharu atas pembiayaan Kerajaan Turki itu di atas tanah seluas 15 hektar tersebut tersimpan al-Quran tulisan tangan kuno dalam jumlah cukup banyak, yang berasal dari Andalusia (Spanyol), Arab, Thailand, dan Indonesia.

Di antaranya terdapat al-Quran berukuran 17 cm x 11 cm dengan tebal 2 cm. Mushaf ini ditulis oleh Ibnu Almarhum Al-Marfu Maula Muhammad Al-Bassari, tahun 987 Hijriyah. Berarti hingga tahun 2014, usia Al-Quran yang ditulis di atas kertas dan sampul dari kulit binatang telah berumur lebih dari 449 tahun.

Pada bingkai kaca lainnya, terdapat Mushaf Al-Quran tulisan tangan kuno berukuran lebih besar, 19 cm x 15 cm, dengan tebal 5 cm. Mushaf ini ditulis oleh Haji Muhammad Husin bin Abdul Latif bin Mu’min Zainul Abidin, tahun 1893 M. (usia 121 tahun).

Ada juga Tafsir Al-Jalalain, kitab masyhur di kalangan ulama. Kitab tulisan tangan dengan ukuran 30 cm x 22 cm dan tebal 5 cm ini, ditulis pada tahun 840 H./1436 M. (berusia sekitar 596 tahun dalam kalendar Hijriah). - KitaReporters


Pelbagai jenis koleksi Al Quran lama di simpan dalam kotak cermin


Penulis menemu ramah Mohd Lutfi

8
12
2
12
1
You will be interested