Alam & Sains 13 Aug, 2020

Promosi baik pulih! Telefon lama Huawei pada harga berbaloi!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

ADAKAH anda memiliki telefon berjenama Huawei yang sudah lama dan lusoh keadaannya dengan skrin, papan utama atau pun badan belakangnya rosak tetapi masih lagi boleh digunakan? Barangkali disebabkan telefon pintar itu ada nilai sentimental di sebaliknya anda masih menyimpannya dan tidak mahu membuangnya kan? : KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan gajet:

https://kitareporters.com/search?search=gajet


Tepat sekali langkah yang diambil kerana mulai 12 Ogos hingga 1 Oktober 2020 depan, Huawei menawarkan promosi baik pulih pada harga yang berbaloi

Iya… ingat jangan buang telefon bimbit lama anda itu kerana Huawei Malaysia memberikan tawaran promosi dengan masa terhad untuk pengguna menggantikan bahagian peranti lama mereka pada harga istimewa merangkumi alat ganti dan bayaran perkhidmatan.

Harga untuk penggantian skrin LCD ditawarkan dari RM99, sementara harga untuk mengganti penutup belakang dan papan utama masing-masing bermula dari RM69 dan RM159. Selain itu, mereka yang menggantikan skrin atau papan utama boleh mendapatkan gantian pada penutup belakang peranti dengan menambah RM9 sahaja.


Bahagian yang diganti juga dilengkapi dengan jaminan 90 hari, bermula dari tarikh pengumpulan peranti yang diperbaiki jadi anda tidak perlu risau jika masalah sama timbul. Menarik kan?

Dalam pada itu tentu anda tertanya-tanya, model telefon pintar Huawei mana yang layak mendapat promosi hebat ini?

Usah bimbang kerana model telefon pintar yang layak termasuk model yang lebih tua dalam rangkaian P Series, Mate Series, Nova Series, Y Series, Honor dan MediaPad. Nak tahu senarai lengkap model peranti yang dimaksudkan boleh layari pautannya di  https://consumer.huawei.com/my/support/huawei-one-price-repair/.


Sementara itu, tambahkan ketenangan hati anda dengan Huawei Care apabila membeli peranti Huawei baharu kerana dengan pembelian jaminan perlindungan skrin anda mendapat jaminan satu tahun tambahan sebagai pakej lengkap.

Dalam pada itu, ahli Huawei boleh menikmati potongan 10% di Pusat Khidmat Pelanggan terpilih untuk Produk Perkhidmatan Penjagaan Huawei yang merangkumi jaminan perlindungan skrin berharga RM248 untuk Siri Huawei P40, P30 Series dan Mate 30 Series manakala untuk siri Nova dan siri Y pada harga RM98.

Potongan harga 10% juga diberikan untuk membeli jaminan tambahan tahun kedua selama satu tahun bagi siri P40, siri P30 dan siri Mate 30 pada harga RM149, manakala  untuk siri Nova dan siri Y pula ditawarkan pada harga RM49.

Jadi jika anda tergolong dalam kehendak ini bolehlah menghubungi mana mana pusat perkhidmatan sah Huawei untuk memeriksa ketersediaan stok, sekali gus membuat tempahan sebelum menghantar peranti untuk diperbaiki.

Anda boleh berkunjung ke pusat servis Huawei yang sah dan berikan perubahan baharu pada peranti Huawei lama anda itu agar selari pula dengan norma baharu kehidupan dinihari, tak gitu?

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati: http://consumer.huawei.com atau kunjungi laman Facebook rasminya di www.facebook.com/HuaweiMobileMY. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested