Alam & Sains 17 Aug, 2021

Penduduk menangis ziarah bangkai harimau! Siap dikapan dengan kain batik sebelum dikebumikan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEBAHAGIAN warga yang hadir menziarahi bangkai harimau yang siap dikapan dengan kain batik panjang sebelum dikebumikan di Kenagarian Sontang Cubadak, Kacamatan Padang Gelugor pada 14 Ogos 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


ANEH serta mengejutkan apabila mendapat khabar seekor harimau iaitu binatang buas yang amat digeruni manusia telah dikapankan dan dikebumikan bangkainya oleh warga Kabupaten Pasaman, Sumatera selepas haiwan itu mati pada Sabtu 14 Ogos 2021 lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku di Kenagarian Sontang Cubadak, Kacamatan Padang Gelugor, Pasaman  itu , warga terbabit bermuafakat mengebumikan bangkai haiwan yang telah siap dikapankan dengan kain batik panjang di kampung mereka selepas ia diziarahi masyarakat setempat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harimau

 BANGKAI harimau yang siap dikapan dengan kain batik panjang. - Kredit Foto : Tribunnews.com


Semasa pengebumian bangkai haiwan berkenaan, ramai warga yang hadir dan ada dalam kalangan mereka yang turut bersedih atas kematian raja hutan itu.

Apa yang dilakukan terhadap harimau itu seolah-olah kematian seorang manusia.

Warga desa berkenaan berpendapat, bangkai harimau itu perlu ditanam di  kampung mereka untuk mengelak pelbagai bala yang akan menimpa terhadap masyarakat di situ.

Namun jika dulu bangkai haiwan itu ditanam di luar kawasan itu atau dibiarkan begitu sahaja, kemungkinan pelbagai musibah yang bakal menimpa kepada mereka.


 DIKAPAN dengan kain batik panjang.


Dipetik daripada laporan Tribunnews.com, Pasaman melaporkan, sebelum kematian itu pelbagai usaha dilakukan termasuk memberi suntikan vitamin kepada haiwan itu yang ditemui dalam keadaan tubuhnya lemah dan tidak sihat berhampiran dengan perkampungan mereka oleh penduduk.

Masyarakat berkenaan percaya apa yang dilakukan sedemikian adalah mengikut kepercayaan yang diamalkan oleh kaum mereka sejak dari dulu lagi walaupun harimau itu bukan manusia.


 


Sementara itu, Ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sumatera Barat, Ardi Andona berkata masyarakat di situ meminta agar bangkai harimau itu dikuburkan di kampung mereka dan mereka tidak membenarkan bangkai itu dibawa keluar dari kampung berkenaan

Ardi yang turut sama hadir menyaksikan bangkai harimau itu ditanam berkata, dalam hal itu kerana masyarakat di situ beranggapan harimau itu sudah mati di kampung mereka dan ia perlulah ditanam di kampung itu juga.

Sebelum itu, katanya, pihaknya bercadang untuk membawa bangkai harimau itu ke Padang oleh kakitangan BKSDA Sumbar tetapi mereka tidak membenarkannya.


BANGKAI harimau yang mati sebelum warga mengapannya. - Kredit Foto : Tribunnews.com 


Menurutnya, walaupun kakitangan dan doktor haiwan memberi jaminan bahawa bangkai haiwan itu selamat ditanam di luar kampung itu tetapi masyarakat di situ tetap tidak memberi kerjasama dalam usaha  menyelesaikan masalah itu.

Mereka bersetuju bangkai haiwan itu dikebumikan berdekatan dengan sebuah rumah penduduk yang bernama Alinurdin iaitu seorang pemimpin adat resam bagi mengelakkan bangkainya dicuri oleh pihak-phak tertentu. - KitaReporters


0
1
2
1
0
You will be interested