Alam & Sains 23 Jun, 2020

Aishah bengang! Kaki ciplak tanya rahsia extender pelitupnya

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SELAIN topeng mulut dan hidung atau pelitup muka yang dijual di farmasi, ada juga pelitup yang dibuat sendiri dan dijual. Uniknya, pelbagai rekaan pelitup muka buatan sendiri yang menggunakan fabrik tertentu dicipta untuk menarik perhatian pelanggan. Antaranya ialah extender (penyambung) pelitup muka yang digunakan oleh wanita bertudung untuk memudahkan mereka memakai pelitup. : KitaReporters


Idea unik dan kreatif itu mula tercetus ketika negara kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung COVID-19. 

Oleh kerana pelitup muka yang dijual di farmasi kehabisan stok, maka timbullah idea untuk membuat pelitup sendiri.

Namun, kebanyakan pelitup muka yang dihasilkan tidak begitu praktikal dengan wanita bertudung, maka terhasillah extender (penyambung) pelitup muka untuk wanita bertudung.

Ia berupa sambungan kepada tali pelitup muka yang memudahkan wanita bertudung untuk mengikatnya agar pelitup yang dipakai tidak terlucut.


Salah seorang yang giat membuat penyambung pelitup ini ialah penyanyi terkenal Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin

Penyanyi dari Negeri Sembilan ini memang diketahui gemar menghasilkan barangan kraf.

Dia menjual penyambung pelitup muka itu secara kecil-kecilan dan suka-suka. 

Namun, usaha kerasnya mencipta sendiri pelbagai rekaan penyambung pelitup menggunakan fabrik yang dicari sendiri itu menjadi perhatian kaki ciplak.

Aishah menjual penyambung pelitup muka yang dihasilkannya sendiri secara kecil-kecilan dan suka-suka.


Aishah menerusi laman Instagramnya, mendedahkan sikap sesetengah kaki ciplak yang suka meniru idea orang lain.

Malah, ada yang tanpa rasa bersalah dan segan, menghantar mesej kepadanya untuk mengetahui bahan fabrik yang digunakan untuk membuat penyambung pelitup muka itu.

Menurut individu yang menghantar mesej kepadanya itu, dia meminta Aishah berkongsi lokasi di mana dia mendapatkan fabrik yang digunakan untuk membuat peyambung pelitup tersebut.

Namun, pertanyaan itu mengundang rasa tidak puas hati Aishah kerana menganggap ia satu cubaan untuk menciplak hasil karyanya.

 


“Kadang-kadang saya peliklah, kenapa di Malaysia I ni ramai kaki ciplak.Tak boleh tengok rekaan orang lain, tanpa segan silu boleh tanya mana kita beli bahan kita.

“Dari dulu saya tak faham betul perangai orang macam ni. Ada akal fikiran, gunalah untuk hasilkan produk sendiri.  

"Walaupun saya bukanlah nak buat bisnes sangat tapi saya ambil masa untuk hasilkan rekaan ini.

“Untuk setiap karya yang saya buat, yang tak menjadi di dalam tong sampah tu banyak. Uji kaji yang tak jadi. Geram betul bila orang senang-senang nak ciplak!

“Tak ada hormat langsung pada ciptaan orang lain. Sendiri tukang jahit pun tak boleh nak reka ke? 

"Ayooo. Sangat mengecewakan apabila berdepan dengan orang macam ni.

“Dulu pernah orang datang rumah saya ciplak rekaan salah satu bahan untuk buku saya. Siap masuk pertandingan guna rekaan saya (menang pula tu!).

“Hadoiii memang tak dijemput datang rumah lagilah gamaknya. 

"Pernah juga ada kenalan yang saya perhatikan sentiasa tiap kali saya buat sesuatu kraf dan dimuat naik dalam media sosial, dua tiga hari kemudian dia akan buat sesuatu yang hampir sama.

“Mula-mula ingatkan kebetulan tetapi lama-kelamaan memang dah seketul-ketul ditirunya. Orang macam ni tak ada keyakinan dalam diri sendiri untuk berkarya ataupun saja malas berfikir.

“Senang nak main ciplak je. Memanglah tak banyak rekaan yang kita boleh kata betul-betul unik kita punya, mesti kita dapat inspirasi dari mana-mana tapi sebagai inspirasi saja. Come onlah, ciptalah produk sendiri jangan nak cari jalan mudah nak main ciplak saja!” tegasnya.

Extender atau penyambung pelitup muka memudahkan wanita bertudung memakai pelitup.


Sementara itu, ada netizen yang setuju dan sebaliknya. 

Seorang netizen meluahkan pendapatnya dengan mengatakan tidak salah berkongsi ilmu kerana ia akan menjadi amal yang berpanjangan.

“Rasanya tidak salah untuk berkongsi ilmu. Dalam kita membantu orang yang dalam kesusahan mungkin dengan perkongsian ilmu akan menjadi amal yang berpanjangan pada kita,” tulis salah seorang netizen.


Apa pendapat anda? 

Ada yang menyarankan Aishah supaya mempertahankan hak. Ada pula yang menasihati supaya Aishah menghalalkannya kerana mesej itu dihantar secara baik. - KitaReporters

1
1
0
0
2
You will be interested