MIYYO sanggup berani tanggung risiko semata-mata untuk mendapat wajah hero kesayangannya.
DALAM dunia yang dikejar masa untuk bergerak serba pantas, semua usaha dilakukan untuk dapat hasil segera. Daripada mi maggi ke rangkaian makanan segara, sehingga mendapatkan tubuh kurus, langsing dan muka yang cantik, mampu dilakukan asalkan duit melimpah ruah.
Lebih kecoh bila seorang VIP negara ini, tiba-tiba muncul dengan fizikal kurus dan langsing macam model dalam tempoh dikatakan sebulan saja membuatkan ramai orang bukan setakat kagum tetapi marah kerana dalam wabak Covid-19 dan hidup susah begini pun menteri itu selamba saja tampil bergaya dan mempamerkan kemewahan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembedahan plastik:
https://kitareporters.com/search?search=pembedahan+plastik
Dulu dan kini.
Setakat ini difahamkan ada 12 klinik terbaik di seluruh negara menawarkan pembedahan kosmetik membesarkan payu dara, mengecangkan otot dada, wajah dan sedut lemak. Klinik itu ada di bandar utama termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Johor.
Erufu Care Malaysia yang terbabit mempromosi klinik kesihatan kosmetik melaporkan, pihaknya menerima pertanyaan 196,592 kali daripada orang ramai yang ingin tahu mengenai pembedahan kosmetik.
Sebenarnya, Amerika Syarikat yang mendahului negara tumpuan pelanggan pembedahan kosmetik khususnya pembedahan plastik kerana Hollywood melahirkan ramai bintang jelita menjadi idola dunia.
Brazil, Jepun, Itali, Mexico, Russia, India, Turki, Jerman dan Perancis juga menjadi negara tumpuan mereka yang mahukan bukan saja sihat tetapi lahirkan ramai orang, bagaikan `boneka`," demikian dilaporkan oleh International Society of Aesthetic Plastic Surgery (ISAPS).
Sebahagian usus yang dipotong untuk cepatkan seorang jadi kurus macam`model`.
Pembedahan rekonstruktif diperkenalkan pada 800 BC oleh seorang pakar bedah, Sushruta dan mula menjadi pencetus kepada bidang pembedahan kosmetik bermula kurun ke-6.
Sehingga kini warga Amerika dikatakan membelanjakan RM16.5 billion (RM66.6 billion) untuk menukar wajah mereka melalui pembedahan kosmetik pada 2018 dengan para lelaki pun turut `tergila-gilakan` menjalani "Daddy-Do-Over" membabitkan1.3 juta prosedur pada 2018.
American Society of Plastic Surgeons melaporkan lelaki yang membuat pembedahan kosmetik itu dengan niat meningkatkan keyakinan dan penampilan diri.
Peningkatan itu bertambah kepada 29 peratus sejak tahun 2000. Ini sekaligus menjadikan khidmat itu antara senarai utama permintaan sempena Hari Bapa.
Buang separuh organ usus untuk menyekat pesakit makan banyak.
Dengan lebih 200,000 pembedahan dilakukan ke atas lelaki itu, pembedahan hidung paling popular dengan 52,000 kes, diikuti kelopak mata, sedut lemak dan menegangkan dada dengan 24,000 kes. Ia meningkat 22 peratus sejak tahun 2000. Manakala rawatan menanam rambut, tempat kelima meningkat 17 peratus sejak 2017.
"Sebenarnya lelaki tidak mengalami perubahan fizikal sama macam wanita ketika hamil dan selepas bersalin. Tapi gaya hidup mereka berubah yang memberi kesan pada penampilan.
"Diet, senaman turun naik, kurang tidur, lelaki dapat lihat badan mereka berubah. Umur dan hidup berkeluarga, menjadikan mereka nampak jauh beza bila capai usia 30, 40 tahun. Inilah masanya mereka mahu buat Daddy-Do-Over sama seperti `Mommy Makeover`," kata Presiden Pertubuhan Pakar Bedah Kosmetik, Dr Alam Matarasso.
Masih ingat dengan Michael Jakson yang enggan mengaku mengubah wajah?
Sementara itu, seorang anak muda yang menamakan dirinya, Miyyo menghabiskan hampir RM200,000 untuk membentuk semula dagunya, buang kelopak mata, baiki hidung dan memutihkan kulit untuk nampak seperti karater Jepun, Squall Leonhart.
Lelaki tersebut yang menggunakan nama Facebook, Miyyo Rizone II memiliki wajah putih dan gebu persis artis Korea yang menjadi kegilaan remaja hari ini. Difahamkan dia adalah pemilik MR Beauty Line yang menjual produk pemutih kulit.
Dia berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur untuk rawatan itu mengakui mendapat kecaman hebat daripada masyarakat termasuk adik beradiknya tetapi ibu bapanya merestuinya.
Macam kata Safiey Illias yang menggelarkan dirinya Ratu Semesta Alam, sanggup `perhabis` RM1 juta hingga RM2 juta untuk bedah kosmetik dari mancungkan hidung, putihkan badan, suntikan silikon sehingga sanggup `membuang` organ tertentu di badannya untuk mencantikkan dirinya seumpama ratu.
Dia yang bertukar jantinanya berkali-kali dari lelaki kepada `perempuan` membuat kening baru, tebuk dahi, betulkan hidung menggunakan tulang rusuk dan memasukkan silikon dalam anggota badannya.
Watak Ken kekasih baby doll yang menjalani banyak pembedahan akhirnya bertukar terus menjadi wanita. Gambar bawah adalah Ken yang `baru`.
Sementara itu, ada pihak menyeru kepada pelanggan yang melakukan pembedahan Bariatrik supaya bersikap jujurlah dengan orang ramai.
Janganlah menipu masyarakat dengan memberi alasan diet, makan dengan cara yang betul dan sesetengah itu pula berselindung di sebalik menunggang basikal serta makan jamu dan produk kurus.
Pembedahan Bariatrik bukan pembedahan kosmetik. Pembedahan ini dapat menyelesaikan masalah obesiti kronik, penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan hormon.
Tiada apa yang perlu dimalukan. Yang perlu malu adalah jika anda yang menipu! - KitaReporters
Gambaran pembedahan bariatrik. - Kredit foto: tctmd.com