Alam & Sains 21 Oct, 2021

Video| Siti Nurhaliza mahu curi hati anak-anak muda! Pilih Zahra Zura Aziza jadi duta SimplySiti

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


MENJADIKAN diri sendiri sebagai contoh ketika mengasaskan produk kosmetik dan kecantikan SimplySiti, penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza mengakui lebih terbuka apabila memilih gadis tidak berhijab,  Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, sebagai duta SimplySiti.

“Kalau  ikutkan asalnya saya pun memang tak berhijab dan seterusnya saya berhijrah dan berhijab. Tetapi untuk satu jenama SimplySiti ini saya lebih terbuka,” ujar Siti Nurhaliza ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu SimplySiti di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Lagi kisah menarik tentang produk kecantikan 


Zahra Zura Aziza merupakan gadis bertuah yang terpilih antara lebih 700 penyertaan yang diterima  dalam Pencarian Wajah SImplySiti yang mula diadakah, Jun 2021 lalu.

Anak sulung daripada dua beradik ini merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans di Universiti Teknologi MARA (UITM).

"Berhijab atau tidak bukan faktornya tetapi saya memilih Zahra kerana ciri perwatakannya yang menepati kehendak SimplySIti  dari segi keperibadian, kebijaksanaan dan wajahnya,” kongsi Tok Ti sambil berpendapat Zahra mampu membawa jenama SImplySiti ke pangkuan generasi sebayanya.

Siti menambah, soal berhijab adalah privasi seseorang dan biarlah dia yang akan membuat keputusannya sendiri satu hari nanti apabila sudah bersedia. 

“Buat masa ini, saya mahu mencuri hati anak-anak muda dan saya percaya Zahra sesuai mewakili mereka dan membawa jenama SimplySiti ke satu tahap baharu,” harapan Presiden SimplySiti Sdn Bhd ini.



Mengulas pelantikannya selama setahun sebagai Duta SimplySiti, Zahra melahirkan rasa bangganya terpilih sebagai wajah SimplySiti malah tidak termimpi dapat duduk bersebelahan penyanyi nombor satu negara itu.

“Selain mempromosikan produk SimplySiti, Zahra juga dipertanggungjawabkan untuk tarik lebih ramai lagi generasi muda untuk menjadi ejen dan menjana pendapatan sambil Zahra sendiri akan aktif dalam platform sosial media,” ujar Zahra lagi.



Bercakap lanjut mengenai tanggungjawab Zahra, Siti memberitahu, Zahra bukan sahaja diberi tugas sebagai jurucakap SimplySiti tetapi perlu hadir ke pejabat dan belajar lebih mendalam mengenai produk dan perniagaan untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

“Dia perlu didedahkan dengan lebih banyak ilmu berhubung produk dan perniagaan bukan semata-mata sebagai duta sahaja yang mempromosikan diri dengan produk dalam media sosial,” jelas Tok Ti yang sedar kehadiran Zahra berkemungkinan akan menambat hati mana-mana penerbit untuk menawarkannya sebagai pelakon dan sebagainya.

“Itu adalah rezekinya, saya tidak menghalang jika Zahra sanggup tetapi yang penting dia perlu fokus terlebih dahulu dengan tanggungjawabnya sebagai Duta SimplySiti dan sebarang tawaran perlulah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memandangkan dia masih dalam kontrak,” tambah Siti sambil memberitahu antara cabang lain yang diminati Zahra adalah sebagai penyampai berita.



Berkonsepkan SImplySiti For All - Reflection of Perfectionrangkaian kosmetik terbaharu meliputi lebih dari 100 produk kosmetik dan penjagaan kulit ini, kata Tok Ti, dihasilkan sesuai untuk memenuhi cita rasa pelbagai golongan usia memandangkan rona-rona warna yang dipilih padan untuk semua jenis dan warna kulit wanita Asia khususnya bagi kaum wanita yang mahukan penampilan ‘matte’ semula jadi.

“SimplySiti juga dalam perancangan menghasilkan produk penjagaan kulit untuk kaum lelaki,” dedah Siti tanpa mahu melanjutkan bicara sehingga produk dihasilkan. - KitaReporters



14
13
0
14
1
You will be interested