ANDA pasti akan tertarik dan teruja apabila melihat sebuah jam tangan pintar yang boleh dibeli dengan harga di bawah RM500 berbanding dengan harga sekelas dengannya di antara RM1200 hingga RM2,000. : KitaReporters
Jam tangan pintar jenama XWATCH bakal bersaing dengan beberapa jenama besar seperti Apple Watch 4, Fitbit Versa 2, Samsung Galaxy Watch Active. - Kredit foto: https://www.xwatch-official.com
Baru-baru ini, sebuah syarikat yang kurang dikenali dalam pembuatan jam tangan dari Eropah (Jerman dan Perancis), telah melancarkan produk utama mereka dengan menggunakan jenama XWATCH yang murah dan mempunyai ciri-ciri teknologi terkini seperti bluetooth, trek degupan jantung, pengukur tahap kecegasan tubuh badan dan boleh beroperasi di atas platform Android dan OS.
Produknya dianggap berkualiti dan setanding dengan jenama-jenama unggul seperti Apple, Samsung dan Fitbit.
Kini, ia bakal dikenali ramai kerana menggunakan beberapa perkakasan serta komponen yang berkualiti tinggi dan hebat, dimana kilang produksinya terletak di negara China dengan kos buruh yang rendah.
Sekali gus, ia dapat menawarkan harga yang berpatutan dan murah tanpa mengabaikan aspek jaminan mutu dan kualiti.
Reka bentuknya yang agak sporty, versatile dan kotemporari selayaknya diberi pujian kerana mampu memberi kepuasan kepada peminat-peminat tegar jam tangan pintar, di samping memiliki daya tahan lasak serta kalis air.
Ia berukuran saiz 44 x 38mm pada tinggi dan lebarnya dan mempunyai ukuran ketebalan 10.7mm dengan berat 50 gram.
Lebih menggujakan lagi atau awesome, ia dijual dengan harga ‘gempak gila’ iaitu hanya RM415 seutas.
Harganya amat berbaloi pada golongan pengguna pendapatan rendah dan sederhana terutama golongan remaja yang meminati jam tangan pintar seperti Apple Watch 4, Fitbit Versa 2, Samsung Galaxy Watch Active dengan harganya melebihi dari RM800 dan ke atas.
Bateri jam boleh dicaj dalam tempoh satu jam sebelum hayatnya dihidupkan semula.
Ciri-ciri penting yang terdapat pada jam XWATCH yang disifatkan sebagai jam pintar masa kini. - Kredit foto: https://www.xwatch-official.com/
Jam tangan yang menggunakan kuasa bateri 380mAH ini memberi jaminan jangka hayat bateri yang boleh bertahan antara 3 hingga 5 hari bergantung kepada penggunaan si pemakai dan boleh dicaj semula dengan menggunakan kabel USB selama satu jam.
Antara ciri-ciri lain yang hebat ialah ia dilengkapi dengan kamera bluetooth, muzik, log panggilan telefon, kalkulator, buku simpanan telefon, pedometer, antipenggera dan lain-lain. - KitaReporters.com