Alam & Sains 14 Sep, 2022

iPhone 14 vs iPhone13! Eve Jobs, puteri mendiang Steve Jobs bahankan iPhone 14! Sama tapi tak sama!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke jamliah.bismi18@gmail.com

Share this

Eve Jobs (dua dari kiri) bernama keluarga terkenalnya ketika kecil. 


PELANCARAN iPhone terbaharu Apple, iPhone 14, pada Khamis, 8 September 2022 lalu mengundang reaksi berbeza-beza dalam kalangan penggemarnya dengan pelbagai komen baik positif mahupun negatif. 

Tidak ketinggalan anak kepada pengasas bersama Apple, mendiang Steve Jobs iaitu Eve Jobs, 24,  yang pasti turut melemparkan pandangan bahawa iPhone 14 itu tiada bezanya dengan iPhone 13.

Pandangan itu dilontarkan dalam ruangan, Story akaun Instagram peribadi Eve sejurus selepas pelancaran itu, sekali gus dilihat cuba membahankan keluaran terbaharu Apple itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan telefon pintar

Meme yang dikongsi Eve Jobs dalam Story Instagramnya yang berbaur sindiran terhadap Apple sejurus selepas pelancaran iPhone 14. 


Dalam ruangan Story itu Eve yang kini berjinak-jinak dalam dunia peragawati berkongsi satu meme yang mengambarkan seorang lelaki mengenakan kameja berkotak sambil memegang satu lagi kameja corak yang sama.  

Tulis anak bongsu mendiang Steve ini, “Ini saya menaik taraf iPhone 13 kepada iPhone 14 setelah Apple melancarkannya hari ini.”

Sesuatu yang pasti bukan Eve sahaja yang nampaknya kecewa dengan iphone 14 begitu juga dengan penggemar Apple yang lain.


Eve Jobs, anak perempuan mendiang Steve Jobs yang juga atlet ekuestarian yang bakat bergelar peragawati.


Banyak yang memberi pandangan bahawa dari segi fizikal iPhone 14 itu adalah klon iPhone 13. Kongfigurasi kamera daripada iPhone 13 juga dikembalikan dalam siri terbaharu itu.

Selain itu iPhone 14 juga masih menggunakan chip A15 bionic seperti iPhone 13 walaupun Apple mendakwa persembahan siri terbaharu itu lebih cemerlang.

Banyak juga berpendapat bagi mereka yang sudah memiliki iPhone 12 dan iPhone 13, maka tidak perlu lagi menaik taraf telefon mereka itu kepada iPhone 14 kecuali pemilik siri kelapan sehingga ke-11 rangkaiannya. 

Lebih lanjut, Apple melancarkan iphone 14 bersama produk lain termasuk Apple Watch 8 dan Airpods Pro 2. 

Dari segi harga, iPhone 14 juga dikatakan sama dengan iPhone terdahulu. - KitaReporters


12
12
0
14
0
You will be interested