Alam & Sains 07 Jan, 2023

Demi kelestarian alam sekitar! 106 peserta tanam 501 pokok! Bagi pulihara hutan kayu bakau di Yan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Dr Halimah Abdul Manaf (dua dari kanan) bersama pelajarnya melihat pokok kayu bakau yang akan ditanam.


Seramai 106 peserta menyertai program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau yang dianjurkan oleh Kelas Subjek GMTJT3113 Pentadbiran Alam Sekitar dengan kerjasama Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) Universiti Utara Malaysia (UUM) di Yan, Kedah pada 4 Januari 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hutan paya bakau

Peserta yang menyertai program tanaman pokok kayu bakau bergambar kenangan sebelum program bermula.

Dekan SOG, Prof Madya Dr Halimah Abdul Manaf ketika ditemui berkata, projek Service Learning (SULAM) bagi semester A221 ini merupakan program khidmat masyarakat yang melibatkan pensyarah, mahasiswa, pelajar dari Sekolah kebangsaan Sungai Limau, Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Jabatan Perhutanan Kedah dan Pejabat Daerah Yan.

Katanya, program berimpak tinggi yang dijalankan ini bagi membantu komuniti di sekitar daerah ini demi meneruskan pemuliharaan dan menjamin kelestarian bakau pada masa akan datang.


Peserta sedang menanam pokok kayu bakau.


Antara objektifnya ialah bagi mengekalkan kelestarian bakau, memberi kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan bakau, membuka ruang kerjasama antara pusat pengajian dengan komuniti, jabatan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“Penyertaan dan penglibatan semua pihak dalam program ini dilihat menunjukkan jalinan hubungan yang baik dengan universiti terutama dalam aspek pelaksanaan aktiviti,” sambungnya lagi. 


Pelajar-pelajar UUM berswafoto di persisiran pantai Yan.

Moga dengan pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat mengembangkan serta memperkukuh pengajian sert pengkajian bidang pengurusan awam dan pembangunan yang dikendalikan oleh SOG UUM.

Dalam program ini Dr Halimah bersama 106 peserta lain turut mendengar taklimat dan menanam 501 pokok bakau di sekitar kawasan itu. - KitaReporters


Pegawai Jabatan Perhutanan Kedah memberikan taklimat sebelum peserta menanam pokok.
Antara peserta yang menyertai program menanam pokok.

9
9
0
11
0
You will be interested