Alam & Sains 01 Jan, 2021

Video| Amaran! Fenomena ombak besar 2.5 meter! Pengunjung dilarang ke Drawbridge Terengganu

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ORANG ramai yang ingin ke Dataran Drawbridge Terengganu terletak berhampiran Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus pada malam ini, Jumaat 1 Januari 2021 atau malam esok, Sabtu 2 Januari 2021 diminta membatalkan hasrat mereka berikutan fenomena air pasang besar berserta ombak besar melebihi 2.5 meter dijangka akan berlaku dalam masa tersebut yang boleh mengancam keselamatan mereka. : KitaReporters



KELIHATAN sampah sarap berhampiran Pantai Miami, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu selepas berlaku fenomena air laut pasang besar pada malam Khamis, 31 Disember 2020. - Kredit foto: Berita Harian


Lagi cerita-cerita penting berkaitan ombak:

https://kitareporters.com/search?search=ombak


Larangan tersebut kerana pada pukul 10.20 malam tadi, Khamis 31 Disember 2020 telah berlaku fenomena air pasang itu di Pantai Miami, Seberang Takir amat mengejutkan sehingga menyebabkan ombak besar setinggi 2.5 meter hingga 2.7 meter. 

Kejadian yang sama turut terbabit di beberapa kawasan pantai lain di Terengganu seperti Kuala Nerus, Kuala Besut, Teluk Lipat (Dungun) dan Kemaman akibat air pasang besar sehingga ia melimpah di jalan raya berhampiran di pantai berkenaan.


OMBAK besar di Pantai Miami, Seberang Takir, Kuala Nerus malam tadi, 31 Disember 2020. - Kredit foto: Harian Metro


 


Dataran Drawdrigde itu yang beroperasi sejak awal Ogos 2019 lalu merupakan salah satu lokasi daya tarikan pengunjung tempatan dan luar negeri terutama pada hari minggu.

Berikutan dengan kejadian itu pagi ini, 1 Januari 2020 kelihatan timbunan sampah sarap bertaburan serta timbunan pasir di pesisir pantai sejauh lebih satu kilometer di pantai terbabit.



Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu. - Kredit Foto : Terengganu Drawbridge


Difahamkan, kerja-kerja pembersihan sampah berkenaan dilakukan hari ini oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Kejadian seumpama itu dijangka berulang lagi kerana keadaan cuaca buruk serta angin kencang  selaju 50 kilomter dan 60 kilometer sejam diramalkan berlaku di Terengganu selama dua hari bermula malam ini, Jumaat 1 Januari 2021. 


Che Adam A Rahman


Sementara itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman memberitahu jalan raya dari Bandar Raya Kuala Terengganu ke Seberang Takir akan ditutup bermula pukul 8 malam ini. 

Beliau berkata, penutupan jalan raya tersebut untuk keselamatan orang ramai  berikutan kejadian fonemena ombak besar dijangka berlaku lagi pada dua malam tersebut. 

``Walaupun tidak kemalangan jiwa yang melibatkan ombak besar di kawasan itu malam tadi tetapi kita tetap tidak membenarkan mereka ke Dataran Drawbridge pada masa tersebut. 

``Kita juga meminta orang ramai menjauhkan diri mereka dari melakukan sebarang aktiviti di kawasan kerana ketika ini  keadaan cuaca buruk,’’ katanya. - KitaReporters


4
1
3
2
0
You will be interested