Alam & Sains 31 Mar, 2020

"HEALTH TAG" MITOS PELINDUNG VIRUS COVID-19!!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
APAKAH kita berasa percaya bahawa keberkesanan sesetengah produk kesihatan yang dikeluarkan dapat membunuh serta melindungi kita agar bebas daripada dijangkiti kuman bakteria tanpa berbuat apa-apa?? Mungkin benar, mungkin tidak! Sebelum ini, heboh dalam media sosial mengenai "keberkesanan" daun semambu, kini tag kesihatan pula. : KitaReporters

Kredit foto: FB Pusat Racun Negara https://www.facebook.com/prnusm/


Belum pun sempat reda dari tertularnya isu penggunaan daun semambu dalam rawatan penularan wabak COVID-19, timbul pula dakwaan terbaru kononya pencegahan boleh dilakukan dengan hanya menyarung 'tag kesihatan' atau health tag pada leher yang terdapat dijual di farmasi

Wah!! Benar ke?? Dulu masak singgang!? 

Produk yang tular dan laris penjualan tag kesihatan menerusi jualan dalam talian (online) kononnya dapat bertindak sebagai pelindung diri daripada sebarang jangkitan kuman serta bakteria melalui pembebasan gas klorin dioksida di sekeliling pemakainya adalah palsu lagi disangkal

Satu kajian terperinci telah dilakukan dan mendapati produk seumpama tag kesihatan ini tidak mampu mengawal dan melindungi si pemakainya walaupun digantung di leher selama berhari-hari. 

Kredit foto: FB @Mangkuk ayun press


Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Pusat Racun Negara (https://www.facebook.com/prnusm/) memberitahu berdasarkan kajian khusus yang dibuat dan diterbitkan pada Julai 2017, produk seumpama itu membebaskan gas klorin dioksida yang sangat lemah, malah tak mampu dikesan dan tiada impaknya dalam pembasmian bakteria atau virus.

"Dapatan (kajian) menunjukkan pemakaian 'health tag' adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi Covid-19.

"Gas klorin dioksida merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan, bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

"Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

"Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakkan sosial," jelasnya.


Kenyataan yang dikeluarkan Pusat Racun Negara



Bagaimanapun difahamkan ia kini tular dalam platform media sosial seperti Twitter, Instagram serta boleh dibeli sekurang-kurangnya di satu rangkaian farmasi utama dalam Malaysia. 

Penggunaan tag kesihatan dilaporkan mengandungi bahan kimia klorin dioksida dan dikatakan mampu menghapuskan virus dan bakteria dalam radius satu meter daripada pemakainya.

Ia juga didakwa mampu bertahan selama 45 hari selepas dibuka.

Terdapat juga pihak yang menyebarkan gambar yang menunjukkan produk itu dipakai 'selalu' oleh beberapa orang kenamaan atas faktor perlindungan.  

Penggunaan produk kesihatan 'health tag' yang mudah didapati dan dijual di farmasi-farmasi mula diterima ramai. 


Pencegahan dan kebersihan yang dilakukan haruslah dikawal dan dipantau secara berkala menerusi kudrat, tanggungjawab serta usaha sendiri dalam menjaganya secara teratur. 

Kebergantungan pada sesuatu produk kesihatan untuk membiarkan ia berkerja sendiri melindungi dan menjaga diri adalah sesuatu yang tidak relevan. 

Waktu yang lapang diberikan ini sementelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan adalah masa terbaik untuk mengajak isteri dan anak-anak bersama-sama membersihkan perkakas rumah dan sebagainya di samping dapat memupuk kebersamaan ikatan kekeluargaan. 

Jadilah kita sebahagian daripada keluarga dan masyarakat yang rajin, bersih lagi peka terhadap COVID-19.

Ambillah masa untuk kita cuci-cuci, lap-lap, sental-sental, sapu-sapu sampai bersih! Kita mampu bebas tanpa kuman dan bakteria. - KitaReporters

4
2
0
10
0
You will be interested