Alam & Sains 01 Dec, 2020

Gelombang ketiga banjir! Penduduk Pantai Timur kena bersedia

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

DUA negeri di Pantai Timur termasuk dua lagi negeri lain di Utara dijangka akan menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang ketiga apabila berlaku hujan lebat diiringi angin kencang di negeri terbabit selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini, Selasa 1 Disember 2020Antara negeri yang akan mengalami cuaca buruk yang dijangka berakhir pada Khamis, 3 Disember 2020 itu ialah Terengganu meliputi daerah Setiu, Besut, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. : KitaReporters


BEBERAPA penduduk baru sahaja bergotong royong membersih lumpur di sebuah masjid di Kuala Krai, Kelantan selepas banjir pulih pada 30 November 2020. - Kredit Foto: Bernama


LAPORAN Jabatan Meteorologi Malaysia pada 30 November 2020


Lagi laporan-laporan berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir 


Di Kelantan pula termasuk jajahan Kota Bharu, Kuala Krai, Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Bachok, Tanah Merah, Machang dan Pasir Putih. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), di kawasan Utara ia melibatkan negeri Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Padang Terap, Kuala Muda, Pendang, Sik, Pokok Sena dan Baling. 

Melalui kenyataan MetMalaysia pada Isnin, 30 November 2020, seluruh daerah di negeri Perlis juga turut terlibat dengan keadaan cuaca tersebut.



``Dalam masa tersebut, kejadian angin kencang dijangka akan berlaku di kawasan pantai di negeri Pantai Timur.

``Angin kencang dari timur Laut China Selatan dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombaknya pula boleh mencapai ketinggian 4.5 meter dijangka akan berlaku di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang,’’ kata MetMalaysia. 

Dengan keadaan sedemikian menyebabkan kawasan di pesisir pantai serta muara sungai akan dilimpahkan air laut terutama ketika berlaku air pasang mengakibatkan kawasan-kawasan yang rendah akan ditenggelami air. 


CHE ADAM A. RAHMAN 


Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan banjir bagi gelombang kedua di negeri itu telah merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 1,525 orang membabitkan 371 keluarga dari empat daerah pada 28 November 2020 lalu. 

Ketua Sekretariat JPBN, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata daripada jumlah itu, semua mangsa banjir terbabit ditempatkan di 13 Pusat Permindahan Sementara (PPS) iaitu seramai 1,352 orang dari Kemaman ditempatkan 9 PPS, Marang 14 orang di satu PPS dan  Dungun ialah 159 orang di 3 PPS. 

Beliau berkata keadaan banjir di tiga daerah itu sudah pulih, tetapi sehingga kini hanya terdapat lapan mangsa banjir lagi daripada tiga keluarga masih berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mercang, Marang, Terengganu. 



``Mangsa banjir itu dijangka akan pulang ke rumah mereka sehari atau dua hari lagi selepas air di kawasan rumah mereka surut,’’ katanya lewat petang Isnin, 30 November 2020. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested