Alam Canggih 17 Jun, 2022

Exit: Wujud Tapi Tiada! Terokai alam misteri yang cuba berhubung dengan manusia! Alam multiverse!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Cari Zulkarnain sampai dapat buku-buku ini. - Kredit gambar: Facebook Zulkarnain Zakaria



MEMBACA buku sains fiksyen khayalan Exit: Wujud Tapi Tiada (EWTT) akan mengingatkan kita tentang filem Monsters, Inc makhluk ghaib yang 'masuk ke dalam dunia manusia' kerana memerlukan nada suara manusia untuk menjadikan dunia mereka 'bercahaya'.

Anda juga akan teringat filem fiksyen Marvel, Legend of Shing Chi atau filem Dr Strange yang dialih cerita dari komik yang cuba meyakinkan bahawa kita ini sebenarnya ada 'jiran' yang mendatangi kita dalam pelbagai bentuk, waktu dengan pelbagai kisah, adakala luar biasa dan tak kurang juga membinasakan.

Percayakah anda pada teori pelbagai semesta atau multisemesta (multiverse) iaitu ada banyak alam yang sebenarnya wujud di sekeliling alam yang kita huni dari alam di dalam alam, alam yang sejajar, alam yang dibina oleh jisim serta hukum fizik berbeza, di angkasa dan di bumi  yang boleh wujud dan ghaib dalam sekelip mata?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah misteri

Zulkarnain..  Selepas ni tunggu Exit siri 2 dan lama-lama boleh boleh siri filem pendek di televisyen.


Bekas wartawan Utusan Malaysia selama 25 tahun, Zulkarnain Zakaria yang juga bekas Pengarang Mastika, salah sebuah penerbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkongsi kisah masa kecilnya buku EWTT dan cerita yang aneh dilalui rakan-rakan terdekatnya, orang perseorangan lain dan petikan kisah dari luar negara membawa kita mengembara melalui tulisannya yang padat, ringkas dan adakala seram.  

Malah konsep pelbagai semesta ini ada dalam kepercayaan dan budaya semua bangsa dunia. 

Dalam masyarakat Melayu contohnya, tidak kurangnya ada yang memuja mahkluk ini termasuk yang percaya ada jin, toyol, pontianak, puteri bunian. Sehingga ada yang berani meminta bantuan mahkluk itu untuk melakukan perbuatan, khususnya sihir, perubatan alternatif sekali gus khadam pelaris, santau dan pengganti diri seperti hantu raya.

Tidak mahu mengulas satu persatu mengenai artikel di dalam buku itu kerana anda kena beli dan duduk di suatu tempat membacanya dan terus membaca sehingga anda terasa betapa 'dekatnya' dengan alam ghaib ini atau bunian yang kadangkala ada yang pernah bertembung atau tiba-tiba 'terceroboh' ke dunia mereka.



Saya terpaksa beberapa kali berhenti membaca buku itu sebab ada masanya terasa meremang bulu roma terutama ketika bersendirian melayari cerita dengan imaginasi sendiri. Malah ada masanya tiba-tiba terkejut bila sedang leka, fokus membaca ada orang masuk ke bilik secara tiba-tiba.

Zulkarnain mengaitkan satu kisah ke kisah lain dengan gaya bersahaja dan sebelum anda keluar dan 'masuk' dari pintu ke pintu yang lain, ada diselitkan info secara sainstifik atau satu kejadian paranormal yang sering dikaitkan dengan 'pengembaran masa' (time travel). 

Sebagai pengendali majalah Mastika yang penuh dengan cerita mistik, Zulkarnain tahu ada alam yang kita tidak dapat melihat dengan mata tapi ada manusia pun tahu, malah ada yang lalui peristiwa pelik secara 'luar sedar'. 



"Benarkah ada alam yang berganda, bertindih, berlapis dan saling mencerobohinya dengan penghuninya beraneka ragam dan warna, hitam, putih, merah," tanyanya ketika membuat coretan itu sambil dia 'membimbing' pembaca, membuatkan kita teringat ada kehidupan itu ada dalam budaya dunia.

Jika ada yang memberitahu kita tentang alam multisemesta ini, kita kena mengambil kira sejarah dunia dicipta oleh Allah SWT. 

Sebelum manusia dijadikan makhluk di bumi, ada cerita bagaimana penghuni dunia sebelum manusia iaitu  jin atau sekufunya, dihalau ke lautan, hutan dan 'dihilangkan' di dunia. Mereka ditutup secara hijab (tabir) dengan manusia atau hidup di sebalik tabir sebagai 'hukuman' merosakkan dunia.

Sebab tu, saintis cuba meneroka dunia sebelum ini. Mempercayainya adanya ikan duyung kerana dipercayai mereka ini zaman dahulu kala adalah manusia tetapi memilih untuk hidup di lautan. Begitu juga cerita manusia ghaib bila berada di hutan belantara. 


Dua buku terbaharu yang ditulis oleh Zulkarnain


Sebab itu ada petua orang tua bila ke hutan, kita diminta jangan 'bercakap besar' ketika berada di dunia 'mereka'. Malah orang Melayu sampai hari ini sangat yakin wujudnya Puteri Gunung Ledang!.

Dalam budaya Cina paling banyak didedahkan dengan kisah misteri dunia multimesta ini termasuk filem Dr Strange dan  Legend of Shing Chi yang menceritakan ada alam lain yang mahu memusnahkan bumi ini kerana dendam peribadi dan ancaman daripada haiwan yang hanya menunggu 'seterunya' muncul.

Saya seram membacanya dan lihat apabila kawannya, Vimal Hatchet Man komen, "Sempat kami bersua dengan Tuan Zulkarnain berbincang mengenai kandungan bukunya 'Exit Vol.1" yang enak dan lazat dengan sepinggan aneh dan sesudu seram 💯" - KitaReporters


11
15
0
9
0
You will be interested

Video| Gara-gara jubin pecah, pusat beli belah disangka nak runtuh! Spekulasi cetus situasi cemas!

Pengunjung pusat beli belah berdepan situasi cemas apabila bunyi kuat jubin pecah di sebuah lot kedai sebabkan ramai bersangka bangunan berkenaan bakal runtuh

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 day ago

Nak jumpa Mek Suria? Kerangka ikan yu paus? Jom ke Hari Peladang, Penternak, Nelayan Terengganu!

Gajah bernama Mek Suria, kerangka ikan yu paus sepanjang 18m jadi daya tarikan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu 2022
Mohammad Ishak in Alam Canggih 2 days ago

Berita baik untuk usahawan! Alibaba lancar edisi baharu Program Latihan Netpreneur di Malaysia!

Alibaba Global Initiatives (AGI) lancar edisi baharu program Latihan Netpreneur Alibaba di Malaysia dengan sokongan MDEC dan MATRADE pada 12 Julai-16 Ogos 2022
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Keluarga Malaysia: Terima kasih Mr DIY! Sokong Program Pemerkasaan Komputer MACO! Untuk sekolah!

Mr DIY (M) Berhad telah beri sokongan kepada Program Pemerkasaan Komputer (CEO) MACO dengan baik pulih 110 set komputer untuk makmal komputer di sekolah-sekolah
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago