Alam & Sains 11 May, 2022

Video| Untungnya rakyat China! Naik teksi tanpa pemandu! Perkhidmatan Robotaxi pertama di dunia!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


JIKA di Malaysia kita ‘dihidangkan’ untuk memiliki kereta terbang namun sehingga kini bayangan kereta tersebut masih ditungu-tunggu.

Namun di China, mereka lebih pantas apabila rakyat di negara tersebut kini berpeluang menaiki kereta tanpa pemandu. Malah buat pertama kali dalam sejarah mereka berpeluang merasai pengalaman menaiki teksi tanpa pemandu atau dipanggil Robotaxi.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kereta robot


Memetik laporan CNN, perkhidmatan yang diterajui syarikat pemilikan kenderaan pemanduan autonomi terbesar di China, Baidu dan Pony.ai, sebuah syarikat pemanduan autonomi.

Kedua-dua syarikat tersebut berjaya mendapat permit sulung di negara berkenaan bagi menawarkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu atau Robotaxi itu.

Perkhidmatan itu diperkenalkan di Beijing, pada Khamis, 5 Mei 2022 lalu, dimulakan dengan 10 buah kenderaan yang membolehkan penumpang menghubungi teksi menggunakan aplikasi syarikat itu semasa waktu siang sahaja buat masa ini.

Namun pengurusan syarikat berkenaan memberi jaminan untuk menambah 30 buah lagi teksi dalam masa terdekat yang menawarkan perkhidmatan tanpa pemandu.



Malah, syarikat berkenaan hanya dibenarkan menjalankan operasi teksi sekitar 60 kilometer dan meletakkan operator di tempat duduk penumpang hadapan untuk mengambil alih sekiranya berlaku kecemasan.

Buat masa ini, perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma kepada penumpang.  

Wah beruntungnya orang China, naik teksi tanpa pemandu!

Lebih membanggakan perkhidmatan yang ditawarkan itu jelas membuktikan langkah terkedepan negara tersebut dalam teknologi pandu sendiri menerusi pasaran kereta terbesar di dunia.  - KitaReporters


 

 

 

 

12
17
0
13
0
You will be interested