Alam & Sains 03 Apr, 2022

Video| 32 sertai pertandingan gali kubur! Hadiah johan wang tunai RM1,500! Satu cara apresiasi!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SALAH seorang peserta sedang menggali kubur dalam Pertandingan Menggali Kubur di Kabupaten Bogor, Jawa Barat pada 29 Mac 2022. - kredit foto: Metropolitan.id


SERAMAI 32 peserta dari Kabupaten Bogor, Jawa Barat merebut hadiah wang tunai Rp5 juta (kira-kira RM1,500) pada pertandingan menggali kubur yang diadakan di Tanah Permakaman Umum (TPU) Pondok Rajeg, Cibinong pada 29 Mac 2022 lalu.

Program anjuran Pemerintah Kabupaten (Pemkab) Bogor itu disertai lapan TPU antara lain sebagai apresiasi terhadap para penggali kubur yang bekerja keras selama pandemik Covid-19.

Ia termasuk TPU Pondok Rajeg, TPU Bogor Asri, TPU Tajur Halang, TPU Babakanmadang, TPU Cipenjo, TPU Jonggol, TPU Rancabungur dan TPU Gunungputri yang menyertai pertandingan tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanah perkuburan


ORANG ramai hadir menyaksikan Pertandingan Menggali Kubur anjuran Pemkab Bogor pada 29 Mac 2022. - Kredit foto: ANTARA 


Penilaian markah berdasarkan kecepatan, kerapian dan ketepatan ukuran saiz keranda jenazah untuk dikebumikan.

Ketua DPKPP Kabupaten Bogor, Ajat Rochmat Jatnika berkata program yang dianjurkan itu bukan semata-mata untuk pertandingan sebaliknya ia bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat bahawa tugasan penggali kubur sangat mulia di sisi agama dan sosial.

DetikNews pada 30 Mac 2022 memetik Ajat Rochmat berkata walaupun tugasan penggali kubur seharusnya mempunyai sikap kesabaran dan ia biasanya dilakukan secara sembunyi dalam kalangan masyarakat tetapi ia memiliki peranan sosial yang tinggi.



“Dengan program yang dianjurkan  itu, orang ramai secara tidak langsung dapat menyaksikan betapa kesabaran dan ketekunan penggali kubur terbabit menggali kubur.

“Masyarakat seharusnya menghargai penggali kubur yang bekerja tanpa mengira waktu jika ada kematian,” katanya. 

Beliau berkata, terdapat juga TPU yang mempunyai petugas gali kubur tidak mencukupi kerana untuk mengali lubang kubur diperlukan sekurang-kurangnya empat orang (petugas). 


TPU Tajur Halang muncul sebagai juara dengan mendapat hadiah wang tunai Rp 5 juta. - Kredit foto : PojokBogor.com


Pertandingan yang dianjurkan beberapa hari sebelum menjelang Ramadan itu juga dapat menarik minat warga untuk menjadi penggali kubur di kampung mereka yang kekurangan petugas berkenaan.

Dalam pertandingan itu, TPU Tajur Halang muncul sebagai juara dengan mendapat hadiah tunai Rp5 juta manakala tempat kedua dimenangi oleh TPU Jonggol.

“Penggali kubur merupakan satu tugasan yang sangat mulia dan sekiranya ada satu kematian kita memerlukan khidmat tenaga mereka dan tanpa mereka akan menimbulkan pelbagai masalah untuk mengebumikan jenazah yang meninggal.

“Bayangkanlah,  sewaktu Covid-19 sedang meningkat pada 2021 lalu. Para petugas terpaksa berkorban masa untuk menggali kubur sehingga 50 orang kematian dalam sehari,” kata Ajat Rochmat. - KitaReporters


Kredit foto: Bogor-Kita.com

4
14
0
17
0
You will be interested