Alam & Sains 15 Jun, 2021

Berita Terkini| Ramai belum mohon bantuan NADMA! 3 jenis bantuan untuk kes berkaitan Covid-19!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


AGENSI Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta individu yang terjejas pendapatan akibat diarah menjalani kuarantin kerana Covid-19 segera memohon bantuan disediakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pascabencana) NADMA, Mohamad Azhan Md Amir berkata, agensi itu menguruskan tiga jenis bantuan untuk kes berkaitan Covid-19 di negara ini.

Bantuan pertama membabitkan bakul makanan yang diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan kepada rakyat yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

“Bantuan khas RM100 untuk sehari dan maksimum 14 hari kepada rakyat tempatan yang layak, berikutan pendapatan terjejas kerana arahan kuarantin Covid-19 dan bantuan ketiga ialah sumbangan 'one off' (sekali beri) kepada waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebanyak RM500.

"Semua maklumat berkaitan bantuan yang disediakan itu tersedia di dalam portal NADMA. Masih ramai penduduk yang diarahkan kuarantin kerana COVID-19 dan terjejas pendapatan belum membuat permohonan bantuan disediakan,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Selasa, 15 Jun 2021.

Pelbagai hebahan yang dijalankan NADMA melalui media elektronik dan cetak bagi memastikan bantuan-bantuan yang disediakan itu dipohon masyarakat yang menepati syarat dan kriteria ditetapkan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0
You will be interested