MENERIMA kehadiran orang baharu dalam keluarga sangat menyeronokkan dan kenangan itu akan diingat sampai bila-bila. Lagi seronok yang menyambut kehadiran itu adalah mereka yang pertama kali bergelar ibu dan ayah semestinya si suami tidak akan melepaskan momen indah untuk terus bersama si isteri sepanjang proses bersalin.
Namun ketika dunia dilanda musibah Covid-19, pihak hospital tidak membenarkan si suami menemani si isteri di bilik bersalin. Maka, semuanya terpaksa dilakukan sendirian oleh isteri.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bersalin:
https://kitareporters.com/search?search=bersalin
Perjalanan itu turut berlaku kepada ibu muda yang dikenali sebagai @syazaajoee yang telah berkongsi rasa sedih kerana terpaksa bersendirian sepanjang proses bersalin.
Namun walaupun tidak dapat bersama melalui detik berkenaan si suami tetap memberi sokongan dan semangat melalui WhatApps.
Berkongsi pengalaman pertama itu, Syaza memberitahu pada peringkat awal dia sangat takut kerana bimbang doktor akan melakukan pembedahan jika tidak dapat bersalin secara normal.
Namun berkat sokongan daripada insan terdekat membuatkan dia tekad meneruskan perjalanan walaupun tanpa suami di sisinya.
Malah dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dia selamat melahirkan serorang bayi lelaki yang comel.
Yang lebih menarik perhatian suaminya tampil dengan idea kreatif dengan mengalunkan azan melalui WhatApps.
Malah si suami sempat lagi berpesan kepada bidadarinya supaya memberi putera kecilnya itu mendengar azan yang dialunkan.
“Bila ada kesempatan bagi kat telinga kanan anak kita,” ujar
suaminya.
Alahaiiii sweetnya!
Kan dunia semakin moden hari ini jadi kita pun perlu kreatif
.Terbaiklah Bro!
Semoga pasangan ini terus berbahagia dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga kecil mereka. Selamat berpantang Syaza! - KitaReporters