PENINGKATAN kes Covid-19 di seluruh dunia semakin membimbangkan, sekali gus membuat pemintaan terhadap bekalan topeng muka turut melonjak. Bahan ini semakin sukar diperoleh dan jika adapun harganya meningkat berganda-ganda. Ia membuat masyarakat di seluruh dunia menjadi kreatif bagi menghadapi wabak ini. : KitaReporters
Aishah mempunyai topeng muka dibuat sendiri atau DIY untuk memastikan diri selamat daripada jangkitan virus yang membawa maut itu.
Menerusi Instagramnya @aishahjmm, dia berkongsi cara membuat pelindung muka hanya menggunakan botol air.
Menurutnya, idea itu tercetus selepas melihat rakan baiknya seorang doktor yang mencari plastik pembalut buku untuk dijadikan pelindung muka.
Aishah berkata ideanya mula timbul untuk mencipta pelindung muka sendiri apabila terpandang botol air kosong ketika hendak membuang sampah.
Aishah turut menyarankan orang ramai membuat pelindung muka menggunakan kaedahnya itu jika terpaksa keluar buat masa ini.
Katanya, mungkin ramai yang rasa perkara ini lawak, tapi tiada salahnya jika ia dapat menghindari daripada wabak berbahaya itu.
Berikut adalah tulisan penuh Aishah dalam IGnya:
"Hari ni I tweaked the idea skit supaya tak nampak sgtlah yg kita pakai plastik botol. Inilah hasilnya.
"Caranya?? Ok kita perlu 1. Botol kosong besar (I pakai botol Spritzer 6L) 2. Pisau blade 3. Gunting tajam 4. Getah elastik (yg org buat utk seluar atau skirt)
"Mula2 kita potong bahagian atas yg ada penutup botol. Kemudian kita potong bahagian bawah pula. Kemudian kita bahagi dua utk jadikan 2 faceshield.
"Semalam I buat pakai atas tudung, hari ni I trim lagi ikut saiz muka sehingga cukup2 utk diselitkan dalam tudung.
"Bahagian atas kita kena trimlah runcing sikit ikut bentuk atas tudung.
"Kemudian kita tebuk lubang kiri kanan dan ikat getah elastik atau riben atau tali, apa2lah yg ada di rumah.
"Kalau pakai botol kecil 1.5L boleh je kita buat utk anak2. Nanti I try ok tengok macam mana.
"Oh dan bila uolls potong plastik tu, tentukan uolls gunakan kertas pasir utk kurangkan tajam plastik tu. Kalau tak ada kertas pasir, lalukan api lilin di sekeliling bahagian yg.dipotong.
"Ok semua semoga boleh dimanfaatkan,"
Selamat mencuba. - KitaReporters