Alam & Sains 22 Nov, 2020

Batu besar hempap bumbung! Rupanya bawa tuah jadi jutawan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEORANG pemuda Sumatera, Indonesia tidak menyangka batu besar yang menghempap rumahnya rupanya membawa rezeki besar kepada dia sekeluarga sekali gus menjadi jutawan dengan sekelip mata. Memetik laporan dailymail.co, Josua Hutagalung yang sedang membuat keranda di kawasan rumahnya di Kolong, Sumatera Utara terkejut mendengar dentuman kuat menyebabkan rumahnya bergegar dan bumbungnya bocor. : KitaReporters


REZEKI TERPIJAK...Josua tidak menyangka batu yang menghempap bumbung rumahnya rupanya membawa tuah kepada mereka sekeluarga. Kredit Foto Kompas.com


Lagi kisah-kisah berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


“Saya terus bergegas melihat apa yang berlaku dan sangat terkejut apabila melihat sebiji batu hitam besar seberat 2.2 kilogram jatuh menghempap bumbung rumah saya sebelum terjunam ke dalam tanah di kawasan rumah saya.

“Isteri saya cuba mengangkat tetapi terlalu panas menyebabkan dia terpaksa menggunakan cangkul untuk mengangkat masuk ke rumah kami,” katanya. 


BATU HITAM atau tahi bintang yang menghempap bumbung rumahnya  bergegar dan  bocor sebelum terjunam ke dalam tanah di kawasan rumahnya.


Selepas meneliti barulah pemuda berusia 33 tahun itu mengetahui batu berkenaan merupakan meteor atau tahi bintang dan berharga tinggi.

Malah penduduk kampung tidak melepas peluang untuk melihat batu berkenaan yang berjaya dijual pada nilai 1.4 juta pound (RM7.6 juta).

Wow!! Patutlah terus jadi jutawan!! 

Kongsi Josua yang juga bapa kepada tiga cahaya mata itu wang yang diperoleh itu akan digunakan untuk membina kuil untuk kegunaan penduduk di kawasan kampungnya.

Kini Josua memilih untuk berehat dan tidak bekerja lagi seorang pembuat keranda.

Dah kaya kan tak perlu la nak bekerja keras lagi.


Isteri Josua menunjukkan bongkahan batu hitam yang membawa rezeki kepada mereka sekeluarga.


Itulah dikatakan tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia siapa yang tahu!

Semoga Josua dan keluarga terus menikmati kehidupan dengan baik dan bahagia serta tidak lupa membantu mereka yang memerlukan. - KitaReporters

3
2
0
0
0
You will be interested