Alam & Sains 30 May, 2021

Berita Terkini| Total lockdown: Video hina Agong! Dakwaan berbau hasutan! Iswardy ditahan polis!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar. - Kredit foto:+ Sinar Harian


POLIS menahan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi video secara langsung dalam laman YouTube.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, Iswardy diberkas di rumahnya di Kajang pada kira-kira jam 11 malam Sabtu, 29 Mei 2021.

"Suspek ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Sekyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, Ahad, 30 Mei 2021.

Dev Kumar memberitahu, pihaknya berusaha mengesan Iswardy susulan laporan polis dibuat terhadap video yang dimuat naik oleh individu berkenaan dalam YouTube miliknya semalam (29 Mei 2021).

Iswardy sebelum ini memuat naik video secara langsung bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun' dalam Youtube rasmi miliknya.

Dalam video tersebut, Iswardy mengeluarkan kenyataan kesat terhadap Al-Sultan Abdullah dan mendakwa Yang di-Pertuan Agong seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Dalam video itu, Iswardy turut mengeluarkan kenyataan mendakwa Seri Paduka seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 selain mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong ada menerima video dibuat individu lain mendakwa Iswardy ada menghina Seri Paduka.

“Tuanku, bangun tak, bangun tak bangun ini. Tahu tak apa sekeliling kita kes (Covid-19) jadi 8 ribu. Kita tahu makan di istana itu sedap, saya tidak pernah pergi, kalau dijemput masuk nak juga,” dakwanya.

Selain itu, dalam video itu, Iswardy turut membandingkan Yang di-Pertuan Agong dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar di negeri Johor.

 “Jadi Tuanku nak buat apa Tuanku, kalau tahun lepas cepat bertindak, sekarang macam mana, bila nak bertindak. Takpe lah, biar ramai rakyat Tuanku mati, lawan tetap lawan,” dakwanya lagi. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
2
0
0
0
You will be interested