Alam & Sains 27 Oct, 2023

Bandar Jertih Bandar Tahi Burung? Angkara kehadiran burung Gembala Kerbau! Tercemar dengan najis!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

 

laluan pejlan kaki di Bandar Jertih dipenuhi tahi burung. Kredit gambar FB Hos Getah


KEMUNCULAN  burung Gembala Kerbau yang berterbangan sekitar bandar Jertih, Besut kini menjadi ancaman kepada ekologi dan kesihatan penduduk di bandar tersebut. 

Ini disebabkan burung berkenaan bukan sahaja menganggu bunyi bising terutama menjelang waktu senja malah ia turut mencemarkan tempat awam seperti perhentian bas, kereta sewa dan premis perniagaan dengan najis mereka.

Burung Gembala Kerbau atau nama saintifiknya Acridotheses tristis dikatakan sudah lama menganggu suasana damai penduduk bandar tersebut menyebabkan penduduk setempat mengelar bandar Jertih sebagai Bandar Tahi Burung kerana setiap penjuru dipenuhi dengan najis burung berkenaan.


Spesis burung Gemblaa Kerbau dikatakan menjadi punca berlaku pencemaran najis di bandar Jertih


Menurut penduduk kehadiran burung berkenaan yang mencemarkan keadaan persekitaran amat memalukan kerana pusat bandar tersebut yang menjadi tumpuan pelancong asing yang singgah sebelum meneruskankan perjalanan ke Pulau Perhentian.

Masalah tersebut sudah banyak dibangkitkan oleh penduduk menerusi media sosial tetapi belum ada tindakan agresif daripada pihak bertanggungjawab.

Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih turut memandang serius terhadap kemunculan burung terbabit kerana menganggu orang ramai terutama dalam aspek kesihatan dan kebersihan bandar.

Ahli Jawatankuasanya, Ariffin Jusoh berkata, pihak berkuasa Majlis Daerah Besut (MDB) sepatutnya mengambil tindakan menghalau kemunculan burung kerana ia sudah lama menganggu kententeraman orang ramai.


Kaki lima kedai turut dicemari thi burung


Katanya, pemandu kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di bandar tersebut juga sering mengeluh kerana banyak tahi burung jatuh melekat di atas kereta-kereta mereka.

Beliau berkata kemunculan burung tersebut berlaku menjelang waktu senja yang datang secara berkumpulan, ada yang hinggap di pokok dan berterbangan di atas premis-premis di sekitar bandar. 

Ariffin berharap pihak MDB mengambil tindakan sesuatu untuk menghalau kumpulan burung berkenaan supaya komuniti dalam bandar tersebut tidak lagi diganggu dengan bau busuk tahi burung selain masalah pencemaran alam sekitar. - KitaReporters


Kenderaan yang diletakkan di sekitar bandar Jertih turut menjdi mangsa pencemaran najis burung.

12
11
2
11
2
You will be interested