Alam & Sains 27 Oct, 2023

Pesawat terhempas dan terbakar berhampiran LT Sultan Mahmud! Sesi latihan amal nahas udara Ex-Penyu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

keadaan sebuah pesawat yang terhempas berhampirn Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kual Terengganu.kREdit gambar PDRM Terengganu


SEBUAH pesawat terhempas dan terbakar di pesisir pantai Teluk Ketapang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu menggemparkan penduduk yang sedang beriadah di pantai tersebut 

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada 25 Oktober 2023 itu pengunjung pantai menyaksikan pasukan keselamatan bertumpu ke lokasi kejadian menyebabkan penduduk terkejut.


 Sebuah pesawat terputus dua selepas terhempas


Bagaimanapun tragedi tersebut hanyalah satu sesi latihan amal nahas udara (Ex-Penyu) yang diadakan merangkumi latihan table-top seperti mana yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrome) 2016. 

Latihan ini bertujuan untuk memastikan semua jabatan yang terlibat mampu untuk menghadapi situasi kejadian sebenar dan menangani kecemasan secara berkesan.

Latihan amal kelolaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud ini dijayakan oleh pelbagai jabatan iaitu PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


Perrsatuan Bulan Sabit menyelamatkan seorang mngsa (latihn)


Pengurus Besar Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Pemadam Kebakaran Lapangan Terbang (AFRS), Muhammad Hidayat Ismail berkata latihan kecemasan melibatkan pelbagai aset kerajaan itu melibatkan kira-kira 500 kakitangan pelbagai agensi. 

Katanya, 68 orang mahasiswa sebuah universiti awam turut menjayakan latihan sebagai mangsa dalam insiden tersebut.

“Tujuan kami mengadakan latihan amal ini adalah untuk menguji keberkesanan pelan kecemasan lapangan terbang LTSM, kecekapan komunikasi dan tindak balas semua agensi kerajaan termasuk Malaysia Airports Holding Berhad (Malaysia Airports).

“Memandangkan latihan tersebut julung-julung kali di adakan di luar pagar lapangan terbang, saya kira itu adalah satu kejayaan,” ujarnya.


Pelajar-pelajar sebuah universiti tempatan yang menjadi model mangsa pesawat terhempas di Terengganu


Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Latihan Sekala Penuh (Full Scale Excersice) Amal Udara (Ex-Penyu) 2023 di tempat kejadian pada 25 Oktober 2023.

Turut hadir, Pengurus Besar LTSM, Mohd Zabidi Abdullah dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din.

Katanya, matlamat utama diadakan latihan itu untuk menilai kecekapan seperti mana yang terdapat dalam Pelan Kecemasan Lapangan Terbang.


Anggota APM dan bomba turut menyertai latihan

"Latihan ini juga untuk memperkukuh kesediaan dan daya tahan kakitangan lapangan terbang dalam menguruskan sebarang krisis atau situasi kecemasan. 

"Kita memberi tumpuan kepada respons untuk menguji kemahiran dan kecekapan setiap agensi yang terbabit semasa kemalangan pesawat luar lapangan terbang dan untuk menguji peralatan dan komunikasi sedia ada yang digunakan semasa insiden udara," jelasnya. - KitaReporters


Latihan menggunakan tangga bagi menyelamatkan mangsa


17
20
0
11
0
You will be interested