Alam & Sains 16 Sep, 2023

Tragedi banjir besar di Libya: Terkejut dan berdukacita! UUM usahakan kutipan sumbangan bantuan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Keadaan di Libya.

Peserta Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan Kali-2 (PESAN 2) di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada 13 dan 14 September 2023 melahirkan rasa sedih dengan terkejut dengan tragedi yang berlaku di Libya.

Kira-kira 10,000 penduduk Libya dipercayai hilang dalam bencana banjir besar akibat empangan tebatan banjir pecah di negara itu, menurut pegawai Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).


Prof Dr Mohd Foad Sakdan.


Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, berita ini bukan sahaja mengejutkan peserta persidangan malah warga UUM juga berdukacita dengan maklumat sumber bebas yang disahkan oleh jumlah penduduk Libya yang hilang setakat ini sudah mencecah kira-kira 10,000 seperti yang dilaporkan dalam media.

Katanya, UUM akan mendapatkan maklumat dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan akan cuba membantu sama ada melibatkan kutipan sumbangan dan sebagainya.



Manakala Dekan Program Pengurusan Kerja Sosial, Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Prof Madya Dr Md Zawawi Abu Bakar yang mewakili peserta seminar juga berharap rakyat negara itu bersabar dan berdoa agar bantuan dapat disalurkan segera oleh semua negara bagi membantu rakyat dan memulihkan negara itu.

Pengarah program PESAN2, Prof Madya Dr Rajwani Md Zain berkata, peserta seminar rata-rata terkejut dengan peristiwa yang difahamkan kira-kira satu perempat daripada bandar Derna di timur Libya musnah akibat banjir besar selepas empangan pecah dalam ribut sebelum ini.

Katanya dalam berita yang dilaporkan lebih 1,000 mayat sudah ditemui setakat ini dan urusan pencarian dan bantuan terus digerakkan.

“Kami yang berada dalam kelompok kerja sosial amat memahami dengan penderitaan dan kesusahan mereka yang mengalaminya dan doa tetap kami panjangkan agar pemulihan dan bantuan dapat disegerakan,” sambungnya lagi. 

Pembentang kertas kerja Profil Kecerdasan Emosi dan Pencapaian Akademik dalam kalangan pelajar penerima zakat, Prof Madya Dr Zarina Mat Saad ketika ditemui pula berkata, dalam usaha pencarian rakyat yang terlibat Libya itu badan-badan bukan kerajaan (NGO) haruslah segera digerakkan untuk mengumpul dana dan menyalurkannya melalui pertubuhan atau wakil sah dari kerajaan nanti.



Bagi Ketua Jabatan Program Sastera dan Sains, UUMKL Dr Chan Cheong Chong, apa yang berlaku di Libya itu sebenarnya memberi isyarat kepada rakyat Malaysia juga yang tragedi seperti ini boleh berlaku di mana-mana.

Oleh itu kita perlu mengerakkan usaha dan bersedia untuk berganding bahu dengan mana-mana organisasi bagi membantu negara atau rakyat yang ditimpa bencana seperti ini.

“Bukan sekadar kesedihan, simpati atau empati tetapi yang penting usaha untuk memulihkan dan mengurangkan beban sekali gus membangunkan semula negara itu,” sambungnya lagi.

“Pastinya rakyat Libya yang terlibat kini menderita dengan peristiwa itu dan saya berharap rakyat dan negara itu boleh dibangunkan semula walaupun mengambil masa,” ujar Ketua Kluster Pembangunan Kerja Sosial ISM, Faizah Abdullah pula.

Sementara itu Timbalan Pengarah Program PESAN 2, Dr Teoh Ai Hua yang mendapat maklumat mengenai tragedi ini mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terlibat di Libya dan berharap usaha untuk membantu dan mencari mereka yang terlibat dalam bencana itu akan turut mendapat bantuan dan kerjasama dari negara-negara di dunia ini.

“Moga bantuan dapat dipercepat dan usaha untuk memulihkan negara itu akan disegerakan,” ujarnya lagi. - KitaReporters


Sayunya melihat kemusnahan yang terjadi.

Kesedihan yang menyelubungi warga negara itu.

9
16
0
10
0
You will be interested