Alam & Sains 05 Aug, 2024

Video| Kau tu landak, bukan kucing la! Aksi manja dan lincah landak tarik perhatian! Comel sangat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Haiwan dalam media sosial zaman kini memang sudah 'rosak' belaka. Pelbagai telatah di luar kebiasaan berlaku dalam kalangan haiwan yang dibela oleh manusia masa kini. 

Contohnya kucing, memerang dan monyet yang ralit bermain telefon pintar. Ada juga anak kambing dan lembu yang berperangai seperti haiwan peliharaan dan bukannya ternakan.

Namun haiwan yang satu ini betul-betul luar biasa iaitu landak. Sebut sahaja landak pasti ramai terbayang duri-durinya yang tajam. Ada juga yang terbayang rendang landak kerana haiwan eksotik ini boleh dimakan dan dijadikan hidangan enak.



Anda mungkin tidak menyangka haiwan eksotik ini boleh dijadikan haiwan peliharaan dan bukannya ternakan. Biasanya landak diternak untuk dagingnya. 

Jangan terkeliru pula antara landak liar dengan landak ternak. Apapun, untuk memelihara haiwan eksotik ini memerlukan lesen.



Ada ke orang jadikan landak sebagai haiwan peliharaan seperti kucing? Tak bahaya ke duri-durinya itu? Jangan hairan, kerana zaman sekarang segalanya tidak mustahil.

Perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Yus mengenai landak peliharaan keluarganya menarik perhatian ramai. Ramai tertarik dan ralit melihat telatah anak landak tersebut yang berperangai seperti kucing, manja dan lincah.



Landak yang dipeliharanya itu adalah landak raya. Perkongsian tersebut mengundang pelbagai persoalan daripada netizen. Rata-ratanya bimbang jika tercucuk duri. 

Menurut Yus, tercucuk duri landak adalah perkara biasa buat diri dan keluarganya.  "Pernah, boleh tahan sakit," jelasnya ketika menjawab soalan netizen. 



Sekiranya anda menonton video-video yang dikongsi, pasti terhibur dengan telatah landak ini. Aksinya yang manja dan lincah tak ubah seperti kucing. Malah, komen-komen daripada netizen juga menghiburkan.  

"Seronok sangat dia. Dia ingat dia kucing senang lompat-lompat," tulis salah seorang netizen. 



Menurut Yus, dia membeli landak tersebut sejak kecil lagi. Jadi, tidak hairanlah kalau landak itu begitu manja dengannya.

"1k tak lari siap cip surat sekali," katanya kepada seorang netizen yang bertanyakan tentang harga.



Sementara itu ada juga netizen yang membayangkan andai landak tersebut dijadikan hidangan masak kari, pasti sedap.

"Buat masak kari pekat. Makan dengan nasi suam. Teringat zaman aku 70 dan 80-an dulu," tulisnya berseloroh. - KitaReporters


16
8
0
12
0
You will be interested