Alam & Sains 18 Dec, 2024

Video| Kongsi tip baiki pintu peti sejuk tak rapat! Tapi jadi tular! Guna kain dicelup air panas je!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Kadang-kadang kita sangka apa yang dikongsi oleh kita dalam media sosial hanya ilmu atau tip mudah sahaja. Tiada yang luar biasa pun. Jadi, tidak mengharapkan ia mendapat perhatian. Tetapi itu sangkaan kita, bukan orang lain.

Kalau sudah namanya rezeki, apa yang kita sangka hanya biasa-biasa sahaja menjadi luar biasa dalam sekelip mata. 

Itulah yang terjadi ke atas seorang pengguna TikTok apabila dia berkongsi tip membaiki pintu peti sejuk yang sudah tidak boleh tertutup rapat dengan cara paling mudah dan murah!

Video yang dikongsi itu mendapat perhatian netizen sehingga mendapat 1.5 juta tontonan! Hanya menggunakan kain yang dicelup air panas, dia dapat membaiki semula pintu peti sejuk tersebut.



Kebiasaannya pintu peti sejuk yang rosak seperti tidak dapat ditutup rapat terjadi akibat sudah tamat tempoh (expired) atau pelapik getah pada pintu terkoyak. Hal ini menyebabkan pintu tidak dapat ditutup rapat seterusnya menyukarkan ia kekal sejuk.

Apabila ini terjadi akan menyebabkan bil elektrik melambung kerana motor compressor terpaksa beroperasi 24 jam!

Jalan penyelesaian ialah membeli getah yang baharu. Namun ada cara lain dan mudah untuk membaikinya tanpa perlu membeli baharu. Tip inilah yang dikongsikan oleh pemilik TikTok bernama Mama Hafizh.



Dalam video yang dikongsi itu, kelihatan dia menggunakan kain yang telah dicelup dan direbus air panas. Setelah kain menjadi suam sedikit, lap ke atas getah pintu tersebut sehingga kelihatan sedikit mengembang. Kemudian cuba tutup dan lihat adakah ia berkesan. Mudah bukan?

Rata-rata netizen teruja dan berterima kasih kerana berkongsi tip tersebut.



“Terima kasih infonya,” tulis salah seorang netizen.

Manakala ada juga netizen yang mendakwa telah mencubanya dan ternyata ia menjadi.



“Aku sudah cuba, ternyata benar-benar berkesan,” katanya.

Jadi, sekiranya ia berlaku ke atas peti sejuk anda, jangan beli dulu getah yang baharu tetapi cuba tip yang diberikan ini. Jimat duit! - KitaReporters


11
11
0
15
0
You will be interested